Breaking News

7 ALASAN KENAPA WANITA ENGGAN MOHON MAAF

Wanita sering menyatakan lelaki makhluk paling ego. Mereka sukar mengakui kesalah sendiri dan enggan meminta maaf atas kesalah serta perbuatan mereka yang menyakitkan hati demi menjaga maruah serta harga diri mereka selaku lelaki.

Namun sebenarnya wanita juga sering bersikap sedemikian. Tanpa sedar mereka juga menolak untuk memohon maaf atas apa yang dilakukan terutama jika perkara itu hanya melibatkan dirinya dan pasangan. Benarkah?

Pakar terapi perkahwinan dan kekeluargaan Dr Athena Staik, menjelaskan lelaki lebih sering mengalah dan meminta maaf terlebih dahulu apabila berlaku pertelingkahan dengan harapan perselisihan faham itu dapat segera diakhiri. Terutama sekali apabila si isteri mula membatukan diri dan bersikap tidak peduli terhadap mereka.


Persoalannya mengapa wanita bersikap sedemikian terhadap pasangan mereka? Artikel terbitan boldsky.com menghurai persoalan ini dengan mengutarakan alasan mengapa para wanita enggan meminta maaf terlebih dahulu daripada pasangan mereka.

MEMILIKI LEBIH KEKUASAAN
Tidak dapat dinafikan wanita memiliki kekuasaan yang lebih dalam hubungan. Mereka tahu lelaki tidak akan mampu melawan dan menghindarkan diri daripada mereka bagi tempoh lama. Justeru mereka memulakan drama dan dengan sedikit titisan air mata maka hati lelaki akan luluh lantas memohon maaf daripada mereka.

HARGA DIRI
Dengan alasan enggan harga diri dipijak lelaki, wanita zaman moden lebih selesa menunggu pasangan mereka yang mengakui kesalah dan memulakan sesi memohon maaf. Mereka berasa diri lebih kuat daripada pasangan dan tidak mahu menunjukkan kelemahan diri. Mereka juga berpendapat kata maaf hanya akan merendahkan harga diri walaupun itu bukan hakikatnya. Meminta maaf tidak menunjukkan sifat lemah seseorang sebaliknya mempamerkan sisi kedewassan dalam diri. Ingat, tiada kalah atau menang saat meminta maaf kepada pasnagan. Kedua-duanya akan menang dan hubungan kembali harmoni.

CANGGUNG
Wanita adalah makhluk yang terlalu banyak berfikir. Mereka sentiasa memikirkan itu ini, takut begini dan begini dan terlalu khuatir akan banyak perkara. Semua itu membuatkan mereka berasa canggung usai meminta maaf. Kalau lelaki boleh bersikap biasa dan kembali bersikap normal selepas memohon maaf, namun wanita cenderung untuk diam dan jadi tidak keruan setelah meminta maaf. Disebabkan itu mereka enggan memohon maaf setelah melakukan kesalah dan memilih untuk mendiamkan diri.


BUKTI CINTA
Wanita sering kali memandang kata maaf daripada pasangan mereka sebagai senjata yang menjadi pembuktian cinta lelaki terhadap mereka. Ini bermakna jika si suami atai kekasihnya tidak meminta maaf terlebih dahulu, ertinya si dia tidak cinta lagi terhadap dirinya. Dan perkara itu akan digunakan untuk terus-terusan menyalahkan pasangan mereka.

MENGUJI.
Wanita juga enggan memohon maaf terlebih dahulu kepada psangan kerana ingin menguji pasnagan mereka. Apakah lelaki itu serius dengan mereka atau sekadar mahu bersuka-suka? Jika lelaki itu mahu mengalah dan tidak ragu untuk memohon maaf meskipun tidak salah maka si dia lulus dalam ujian tersebut dan begitulah sebaliknya. memang agak kebudak-budakan tapi itulah yang menjadi ukuran wanita untuk mendapatkan kepastian cinta daripada lelaki.

TANGGAPAN.
Tidak pedulu siapa yang memulai pertengakaran terlebih dahulu, sudah menempel di fikiran wanita akan tanggapan bahawa lelakilah yang sepatutnya menanggung kesalahan. Mungkin alasan ini tidak rasional dan terlalu dangkal tetapi itulah yang berada di benak wanita sejak kecil. Pada mereka lelaki yang selalu melakukan kesalahan dan sudah sewajarnya mrekalah yang perlu meminta maaf terlebih dahulu apabila berlaku sesuatu dalam perhubungan.

MENIKMATI
Wanita sangat menikmati momen-momen ketika lelaki meminta maaf dan meminta mereka agar tidak marah, menghukum atau membenci dirinya. Situasi itu memberi kepuasan kepada wnaita dan menunjukkan mereka memiliki kekuasaan ke atas lelaki.

Sumber Rujukan : Majalah Harmoni - Oktober 2013


No comments