Breaking News

5 WANITA PESAING UTAMA ISTERI


Biar saban hari bertemu dan bersama di rumah namun ada kalanya jauh disudut hati seorang isteri terasa rindu pada suami yang hakikatnya berada disisi. Kerinduan ini tak lain tak bukan kerana sikap suami yang semakin breubah setelah beberapa lama hidup berumah tangga. Malah ada isteri yang mengakui suami mereka terlalu banyak berubah hingga terasa seperti tinggal dengan orang yang asing.

Rasa cemburu memang kerap mendampingi wanita baik yang masih bujang apata hlagi yang sudah berumahtangga. Cemburu yang paling selalu bersarang dalam hati tentunya terhadap pasangan. Biarpun suami mencintai diri sepenuh hati dan membuktikannya melalui ucapan dan tingkah lakunya namun biasanya tetap ada sekelumit perasaan cemburu hadir.

Namun kadang kala rasa cemburu seorang isteri itu tidak kena pada tempatnya. Harus dimaklumi bahawa, meskipun anda isterinya masih ada lagi wanita-wanita lain yang penting dalam hidup seorang suami. Selalunya wanita inilah yang dicemburui oleh si isteri malah dianggap sebagai pesaing mereka. Seharusnya ini tidak berlaku, anda sebagai isteri haru belajar menerima kehadiran mereka kerana wanita ini sebenarnya terlebih dahulu hadir dalam hidup suami sebelum anda.

IBUNYA.
Anda takkan dapat melawan wanita yang seorang ini. Biar betapa hebat sekali pun kerjaya anda dan sepandai mana pun anda memasak takkan mampu menandingi ibunya. Begitu juga dengan suami anda sendiri, biar bagaimana tinggi sekali pun jawatannya di pejabat namun di hadapan ibu dia tetap anak lelaki yang memerlukan curahan kasih sayang seorang ibu.
Oleh itu jangan sesekali menempatkan dirinya sebagai pesaing anda atau meletakkan dinding pemisah dengan wanita yang bergelar ibu mentua anda. Seeloknya bina perhubungan yang akrab dan harmonisnya. Suami biasanya akan melihat keakraban isteri dengan ibunya sebagai satu kebahagiaan dan ketenangan buat dirinya.
SI KAKAK.
Wanita ini juga dianggap saingan oleh seorang isteri. Walaupun kedudukannya di hati suami tidak setinggi ibu tapi ia tetap mendapat tempat teratas di hati suami. Seorang kakak boleh jadi tempat rujuan dan sahabat paling rapat untuk pasangan anda. Oleh itu tetap hormati dirinya walaupun ia hampir sebaya dengan anda.


Dalam pada itu seorang kak boleh jadi semakin penting dalam kehidupan suami terutama jika ibu yang dicintai telah tiada. Fungsi soerang kakak mungkin akan bertukar menjadi seorang ibu buat dirinya. Maka kakak ipar bukanlah wanita yang boleh anda cemburui kalau boleh jadikan ia sebagai sahabat rapat.

SAHABAT WANITA.
Bagi siapa pun, tak terkecuali suami anda sendirim sahabat merupakan insan terdekat sekali gus orang kepercayaan untuk berkongsi suka duka. Pada sahabatlah selalunya segala masalah diluahkan malah kadang-kadang ada yang lebih rela meluahkannya kepada sahabat terlebih dahulu berbanding pasangan.

Namun jika sahabat baik bagi suami untuk dia meluah rasa merupakan seorang wanita, sukar bagi seorang isteri menerimanya. Pasti dalam hati isteri bukan saja ada rasa cemburu malah terselit juga perasaan kurang senang melihat perhubungan seperti ini.

Jadi bagaimana seharusnya sikap anda bila melihat keakraban pasangan anda dengan sahabat wanitanya? Sama cara dengan hubungannya dengan bondnya sebaiknya jangan perlihatkan angin peperangan di wajah anda. Suami akan sukar memilih antara kekasih hati dan sahabatnya.

Agar semua berjalan lancar, cubalah untuk merapatkan diri dengan sahabatnya. Cara ini lebih baik, kerana anda sebagai isteri mampu mengetahui banyak informasi mengenai suami dari sahabatnya itu.

Sesama wanita anda bersama sahabatnya tentu boleh saling berkongsi mengenai banyak perkara lain. tak mustahil juga sekiranya sahabat wanita suami mampu menjadi sahabat baik anda juga.

RAKAN SEKERJA WANITA.
Meskipun anda bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan suami bukan beerti anda harus selalu mengawasi gerak-gerinya. Itu agak keterlaluan dan akan membuat pasangan berasa stress.
Meskipun suami perlu banyak berinteraksi dengan rakan kerja wanitanya, tapi cuba kawal perasaan cemburu dan lihat dari sudut positif. Kalau anda hanya memandangnya dengan rasa cemburu yang penuh negatif anda akan dilihat bersikap keanak-anakan.
Bagi hindari perasaan sebegini, perkara pertama yang perlu anda terapkan dalam diri adalah dengan mempercayai suami. Berikan kepercayaan sepenuhnya untuk dia menunjukkan prestasinya di pejabat. Sikap ini sebenarnya akan membuatkan hati anda lebih tenang tanpa dibayangi rasa takut kehilangan suami atau berprasangka buruk.

BEKAS KEKASIH.
Isteri mana yang tidak cemburu dan marah bila suami bercerita atau kembali berhubungan dengan bekas kekasihnya? Tapi bagaimana situasi itu sesuatu yang tidak dapat dielak misalnya kerana urusan kerja dan ia sesuatu yang tidak disengajakan.

Sekiranya ia tidak mengganggu hubungan anda suami isteri maka cubalah untuk memberi izin kepada suami menyelesaikan urusan mereka. Jangan pula kerana anda cemburu maka pekerjaan suami terpaksa tertangguh atau tidak terlaksana.

Namun, jika urusan itu mengambil masa yang lama maka hati-hati kepada petanda cinta lama kembali bersemi. ambil tindakan segera jika anda melihat ada bibit cinta kembali berputik antara keduanya.

BACA JUGA

Disalin semula oleh RP dari
MAJALAH MINGGUAN WANITA MEI 2010


No comments