728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

08 January 2015

6 JENIS LELAKI TIDAK LAYAK MENJADI SUAMI


Sepanjang pengalaman anda bercinta, pasti ada pernah jumpa pelbagai jenis lelaki. Ada yang romantik, ada yang setia dan sebagainya. Namun apa paling penting, adalah mereka yang tidak layak jadi suami. Adakalanya mereka yang buruk boleh jadi suami dan mereka yang kacak, tidak boleh jadi suami. Ketahui jenis lelaki yang tidak layak jadi suami.

Tiada ilmu agama dan tidak mahu mempelajarinya
Perkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungjawab yang sangat berat. Sebagai persediaan, seseorang lelaki harus mempelajari ilmu agama untuk dijadikan tiang kebahagiaan berumah tangga. Tanpa elemen yang satu ini, agak sukar bagi suami untuk mengawal hala tuju rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta. Dengan ilmu agama yang ada, masalah juga boleh diselesaikan dengan lebih mudah. 
Nakhoda pasti akan karam sekiranya pengemudinya tiada arah tujuan.
Tiada Pendapatan dan Boros
Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun diantara mereka yang punyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak tahu membahagikan hasil pendapatan mereka.

Sentiasa Bergantung Pada Orang Lain
Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap haribulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.



Pemalas
Pemalas disini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.

Berfikiran Negatif dan Membuat Anda Rasa Buruk
Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Wanita yang bercinta dengan lelaki ini pasti akan sentiasa diburuk-burukan.

Kaki Control
Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Kalau dibenarkan untuk bunuh, sila bunuh beramai-ramai. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari berinteraksi dengan dunia luar hingga menyebabkan anda begitu tertekan.


BACA JUGA



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Anonymous2:29 PM

    pmpuan kot yg buat list nie...hahaha

    ReplyDelete

Item Reviewed: 6 JENIS LELAKI TIDAK LAYAK MENJADI SUAMI Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top