Breaking News

4 PUNCA ISTERI TERJEBAK KECURANGAN


Berbicara tentang kecurangan ramai yang mengaitkannya dengan para suami. Namun hakikatnya kecurangan tak mengenal jantina. Ramai juga golongan isteri terjebak hubungan terlarang penyebab kecurangan.

Namun begitu apakah pula alasan-alasan isteri-isteri belaku curang? Adakah puncanya sama seperti kaum lelaki yang menjadikan faktor kesepian, kebosanan, ketidakpuasan seks sebagai alasan?

Ramai suami yang tertanya-tanya mengapa isteri mencari cinta lain sedangkan dia sudah menyediakan segala-galanya. Nafkah zahir, batin, kemudahan serta semua impian isteri direalisasikan. tapi mengapa hati isteri tetap berpaling pada insan lain.

Ingatlah walau apa pun yang menjadi puncanya, ingatlah kecurangan bukanlah penyelesaian masalah sebaliknya hanya akan menjerumuskan diri dalam lembah noda dan maksiat.

1. KESEPIAN.
Kadang-kadang suami menganggap isteri dan perkahwinannya sebagai sesuatu yang sudah pasti. Isteri akan terus disisi dan takkan akan lari. Akibatnya isteri merasa dirinya hanya sebagai alat atau perkakas untuk tujuan peribadi suami. Suami jarang mengajak isteri menonton filem atau makan malam diluar.
Suami tidak berbual-bual atau kurang peduli pada kerja-kerja isterinya. Mereka berkomunikasi hanya pada soal berkaitan hal-hal rumah dan anak-anak. Seorang isteri yang terperosok dalam situasi kesepian seperti itu adalah calon utam untuk terjebak dalam kecurangan.
2. MENCARI KESERONOKAN DAN KENIKMATAN.
Ada juga isteri yang mencintai suami serta sama sekali tidak berniat meninggalkan suaminya. Tetapi mereka menginginkan lebih dari yang boleh diberikan oleh pasangannya. Mereka bosa dengan kebiasaan dalam kehidupan rumahtangga yang dijalani.

Misalnya bosan dengan rutin seks yang sama, kasar tiada belaian atau dilakukan mengikut hari yang ditetapkan. Jika suami tidak berupaya memenuhi keinginan ini maka ada isteri yang tidak kuat iman mencari kepuasan diluar.


3. GODAAN DAN ROMANTIS.
Ramai isteri merindukan hari-hari ketika dia dan suaminya masih bercinta waktu muda-muda dulu. Isteri ini inginkan bara api romantik itu. DIa ingin makan malam dalam limpahan cahaya lilin, dibelai, dimanja dan sebagainya. Namun apa yang diperoleh sebaliknya.
Ketika dia mencuba bersikap romantis, suami asyik membaca akhbar atau menonton siaran bola sepak. Ketika inginkan pujian dari suami apabila dia menukar gaya rambut, suami tidak langsung mengendahkannya sehingga pujian itu diterima daripada lelaki lain.
Disinilah bahana bermula, pujian daripada teman terutama daripada lelaki menghidupkan kembali dirinya. Keprihatinan ini membuatkan hubungan makin ramai dan tanpa disedari sebuah kecurangan telah tercipta.

4. KETIDAKPUASAN SEKS.
Ada juga isteri yang terlibat hubungan terlarang kerana seks. Ketika ghairah isteri masih menggebu-gebu suami pula sebaliknya. Mungkin terjadi kerana faktor usia suami yang meningkat atau punya penyakit. Malah ada isteri yang berbulan-bulan tidak berhubungan intim.

Semakin tua usia lelaki, kadar hormon testosteronnya makin turun. Tenaga seks mungkin tidak sehebat dulu dan bagi sebahagian besar lelaki ego mereka sangat ditentukanoleh seksualnya. Daripada meneruskan kehidupan seks dengan isterinya, mereka sanggup menghapusnya sama sekali. Mereka tidak rela sikap kejantanan mereka yang tidak jaguh lagi diketahui isteri.

Akibatnya isteri ditinggal dalam hubungan tanpa seks. Suami sama sekali tidak memberi penjelasan kepada isteri mengapa dia tidak mahu melakukan hubungan seks dengan isteri. Ketika ini isteri merasa diabaikan dan merasa suaminya jijik kepadanya. Isteri sebeginilah yang besar kemungkinan akan mencari kepuasan di luar rumah.

TINDAKAN MENCIPTA DOSA BESAR.
Meskipun banyak alasan kecurnagan yang diberikan isteri namun tidak satu pun yang dapat membenarkan tindakan ini. Kecurangan itu bukan sahaja merosakkan perkahwinan namun paling atas sekali, ia menciptakan dosa besar.

Kecurangan adalah pengkhianatan terhadap kontrak perkahwinan. Perlu diketahui, majoriti isteri yang curang sedar bahawa perbuatan mereka adalah salah. Tugas seorang isteri disamping harus taat kepada ALLAH SWT hendaklah taat kepada suaminya.

Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya.
Sabda Rasulullah SAW "Jika seorang wanita telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari pelbagai pintu yang dikehendakinya"
- Riwayat Ibnu Hibban
Rasulullah SAW bersabda lagi " Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan didalam air, malaikat dilangit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya maka kepadanyalah laknat ALLAH, malaikat dan manusia semuanya.

Dan setiap wanita yang bermuka masam dengan suaminya ia adalah dalam kemurkaan ALLAH Ta'ala sampai ia ( wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya sehingga dia pulang"
- Hadis Riwayat Al Bazzar

Disalin semula dari MAJALAH WANITA OKTOBER 2013



No comments