728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

31 January 2015

4 CARA MUDAH UNTUK BUATKAN SUAMI RINGAN TULANG

Sebagai seorang isteri dan ibu tentunya penat melakukan kerja rumah sendiri. Mana hendak memasak, melayan anak, membasuh ,mengemas dan bermacam perkara lagi. Jadi menyakitkan hati saat bertungkus lumus membuat kerja rumah tangga suami pula duduk bersandar di kerusi ambil membaca surat khabar tanpa sedikit pun ada perasaan bersalah. Sudahlah di pejabar terbeban dengan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan majikan, di rumah pun situasinya hampir sama. Biasanya bila tekanan menguasai fikiran mulalah mulut mengeluarkan bebelan. Saat  itu barulah suami angkat punggung untuk membantu mana yang perlu.


Tetapi untuk hari itu sahaja kerana esok mahupun lusa, cara yang sama juga akan digunakan bagi membuatkan pasangan jadi ringan tulang. Buntu memikirkan cara yang paling baik untuk mengajak suami berkongsi melakukan kerja rumah, bagi para isteri pelajari empat tip berikut.

1. PUJUK DENGAN SUARA YANG MANJA.
Senjata yang paling berkesan untuk menakluki hati lelaki adalah dengan sikap lemah lembut selain suara yang manja dan menggoda. Percayalah bahawa suami mudah cair apabila anda meminta pertolongan darinya menggunakan ciri-ciri tadi.

Mungkin ajakan pertama tidak berjaya tetapi cubalah untuk kali yang seterusnya. Setelah hatinya bersedia untuk membantu maka jangan sekali-sekali keluarkan arahan untuk lakukan itu dan ini. Ingatlah bahawa cara psikologi lebih berkesan untuk memujuknya menjadi lebih rajin.

Mulakan dengan pujian kemudian ajukan persoalan sama ada boleh atau tidak dia melakukan kerja berkenaan. Yakinlah bahawa itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya selesa dna membantu dengan hati yang terbuka.


2. HARGAI BANTUAN YANG DIHULURKAN.
Apabila kita meminta bantuan dari orang lain maka jangan sekali-sekali mengharapkan kerja yang dilakukan itu setanding dengan kerja yang kita lakukan. Begitu juga dengan kerja rumah yang suami lakukan. Pastinya tidka sehebat atau serajin anda tetapi jangan sekali-sekali luahkan apa yang anada rasa. 

Sekalipun kerjanya hanya membasuh kuali tetapi berilah penghargaan seperti ucapan terima kasih. Sebenarnya lelaki tidak malas tetapi masih terikat dengan fahaman berbentuk ortodoks.

Menjadi kelaziman buat dirinya bahwa wanita menyediakan makanan, membasuh pakaian mahupun mengurus anak-anak. Lelaki pula hanya menanti di meja makan dengan menu masakan yang digemari dan bangun apabila perut kekenyangan.

Sikap seperti inilah yang membuatkan mereka berat tulang setelah melangkah ke alam rumah tangga. Sekiranya pasangan anda bersikap seperti ini maka banyakkan  bersabar dan latihlah dia melakukan kerja rumah sedikit demi sedikit. Insya ALLAH akhirnya pasti berjaya.

3. GUNAKAN ANAK-ANAK.
Ada ketikanya kita boleh gunakan anak-anak untuk menjadi suis kepada suami membuat kerja rumah. Sekiranya permintaan anda tidka dihiraukan maka anak-anak boleh mainkan peranan. 

Mintalah pertolongan daripada mereka untuk memujuk suami lakukannya. Sebagai contoh "Ayah, ibu minta tolong betulkan paip di dapur. Airna meleleh sahaja. Kalau ibu boleh buat, sudah lama dia lakukan. Lagipun ayah kan hebat?"

Percayalah bahawa kata-kata yang keluar dari mulut anak ini akan terkesan di hati suami. Perasaan bersalah dan malu kepada diri sendiri membuatkan mereka segera melakukan kerja yang diminta sekalipun mlas masih lagi berbaki.

Sumber Rujukan : MINGGUAN WANITA OKTOBER 2012
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 4 CARA MUDAH UNTUK BUATKAN SUAMI RINGAN TULANG Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top