728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

07 January 2015

10 PERKARA MENUNJUKKAN LELAKI ITU RUMIT


Perangai lelaki apabila dinilai dari sudut pandang seorang wanita mungkin tersasar kebenarannya. Wanita itu kejadiannya rumit berbanding kaum lelaki lantas pemikiran dan perbuatan terdapat jurang perbezaan. Pemikiran wanita lebih kompleks, tumpuan wanita lebih variasi dan kadang-kadang mampu menjangkau ke satu tahap yang tidak dijangka.

Apabila dinyatakan bahawa lelaki tidak kompleks, wanita akan berkerut dahi dan tidak mudah menerima hakikat kerana bagi wanita, semua perkara mempunyai pusingan dan putaran dan mustahil adalah jalan lurus yang ringkas. Tetapi, itulah kenyataannya.

Kamu = Perempuan
Dia = Lelaki
1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.



5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar

Sebenarnya lelaki bukan insan yang rumit. Mereka special. Unik. Gempak. Priceless dan sebagainya. Tak percaya? Kenali lah mereka. Dan pasti akan tertawan.

Bukan berpihak kepada kaum lelaki tetapi wanita perlu menerima hakikat bahawa lelaki ialah insan yang serba ringkas, dan tidak perlu dikomplikasikan. Itu menjelaskan hadirnya ramai lelaki yang dikategorikan wanita sebagai ‘tidak berguna’. Apabila fakta ini boleh diterima oleh wanita, banyak perkara akan menjadi mudah dan banyak airmata yang dapat dijimatkan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 10 PERKARA MENUNJUKKAN LELAKI ITU RUMIT Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top