728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

09 October 2014

BUKAN MUDAH MENJADI SUAMI...

Bukan mudah menjadi suami,

Harus bertanggungjawab terhadap keluarga, Ibu dan juga Isteri,membahagiakan mereka berdua,mentaati ibu dan juga menjaga hati isteri,

Bukan mudah menjadi suami,

Harus mendidik isteri dan anak-anak ke jalan ALLAH,Memberi makan isteri dan anak-anak dari jalan yang halal,Melayan isteri dengan sabar dan ikhlas,Harus memimpin rumah tangga dengan kebijaksanaan dan penuh perasaan,

Bukan mudah menjadi suami,

Jangan bermimpi beristeri banyak,Jikalau satu pun tidak mampu di jaga dan di didik dengan sempurna,Apalagi di tambah dengan dua atau tiga,


Begitulah sang suami..

Fahamilah tanggungjawab anda, Wahai para Suami dan Calon Suami yang diamanahkan semasa kita menjawab akad untuk seorang wanita, yang menjadi isteri anda.

Fahamilah amanah anda, yang diberikan oleh ALLAh kepada kita. 

          Jagalah kami, para isteri dengan sebaik-baiknya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BUKAN MUDAH MENJADI SUAMI... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top