728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

12 September 2014

TIPS UNTUK MEMBUATKAN SUAMI ANDA BAHAGIA...


Membahagiakan suami adalah impian setiap insan yang bergelar isteri, namun untuk membuatkan suami bahagia bukanlah perkara mudah apalagi sekiranya kita tidak tahu apa yang sebenarnya suami inginkan. Untuk membuatkan suami bahagia zahir dan batin, ada 3 cara penting yang boleh diusahakan oleh isteri dalam mengambil hati dan perasaan suami bergantung kepada kesesuaian sifat yang ada pada suami.



1. Berikan apa yang suami inginkan sebelum dia meminta. Membuat suami bahagia bukan bererti senantiasa selalu melayani semua keinginannya dan kehendaknya tetapi dengan memberikan apa yang dia inginkan sebelum dia meminta. Ini akan membuatkan suami anda bahagia berlipat ganda. Malah suami akan berasa dihargai kerana dia tahu anda telah menjadikan dia seorang istimewaa dan penting dalam hidupnya. Mungkin dengan memberi kejutan memasak masakan kegemarannya selepas dia penat pulang dari kerja :)

2. Berikan perhatian yang lebih disaat suami sakit dan berada didalam kesedihan. Suami juga manusia, dia juga akan sedih dan juga sakit, dan saat itulah anda perlu mengambil hatinya untuk membuatkannya bahagia. Dengan memberikan perhatian yang lebih saat dia sakit dan sedih, akan membuat suami anda bahagia dan "tersentuh" hatinya. Dia pasti akan melakukan perkara yang sama tanpa anda minta sekiranya anda mengalami atau berada keadaan yang sama.

3. Hargai dan berusahalah untuk memahami dengan lebih dekat dengan keluarga suami anda. Ramai isteri ambil ringan hal ini dan tidak mengendahkan akan hal ini, bahkan ramai juga yang mempunyai masalah dengan keluarga suami. Padahal sekiranya anda ingin membuat suami anda bahagia salah satunya caranya adalah dengan cara mengambil hati dan mendekatkan diri dengan keluarganya.

* Suami lakukan perkara yang sama pada Isteri, insya ALLAH aman bahagia rumahtangga.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. tips yang sangat membantu buat si isteri. Tapi untuk foto video perkahwinan bolehlah ke
    http://pixelworks.com.my/

    ReplyDelete

Item Reviewed: TIPS UNTUK MEMBUATKAN SUAMI ANDA BAHAGIA... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top