Breaking News

KENAPA SUDAH TIDAK TERTARIK PADA ISTERI....?


KENAPA SUDAH TIDAK TERTARIK PADA ISTERI....?
● Seorg lelaki bertanya kepada Sheikh :
Wahai Sheikh....saya telah lama berkahwin dan mempunyai anak, tapi semenjak beberapa tahun ini....saya merasakan saya tidak lagi tertarik kepada isteri sendiri...
● Sheikh mula bertanya :
Adakah isterimu telah gemuk?
● Lelaki menjawab :
Tidak.....dia kelihatan sama seperti dulu masih lagi cantik.


● Sheikh bertanya lagi :
Adakah dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia telah cacat anggotanya ?
● Lelaki menjawab :
Tida...dia mash kelihatan sama seperti dulu.
● maka Sheikh bertanya lagi :
Adakah kamu mempunyai kesukaran menundukkan pandangan mu kepada wanita2 yang berjalan di hadapan dan sekelilingmu? Adakah kamu meminati perkara-perkara lucah ?
● Lelaki menjawab jujur :
Ya...bagaimana Sheikh tahu perkara tersebut?
● Sheikh berpesan :
Bilamana kamu terlibat dengan perkara HARAM...suka kepada yang haram...tidur makan dan bernafas kepada perkara yang haram...maka yang HALAL akan MENJADI JIJIK bagimu.

No comments