728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 September 2014

HORMATI PASANGAN ANDA SEBAGAI INSAN YANG ANDA CINTAI...


HORMATI PASANGAN ANDA SEBAGAI INSAN YANG ANDA CINTAI...

1. Sentiasa berada di belakang pasangan anda ketika dia sedang gembira atau ketika dia sedang sedih. Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda keseorangan. Sentiasa berikan bantuan ketika dia perlukan dan berada di sisi dia apabila dia perlukan anda.

2. Anda tidak ceritakan hal keluarga anda pada orang lain. Semua masalah keluarga anda, anda hanya cerita pada pasangan anda dan hanya anda berdua yang selesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan pihak ketiga.

3. Anda tidak izinkan adik beradik atau ibu bapa anda menyakiti pasangan anda. Sentiasa back up pasangan anda. Jangan benarkan orang luar buat keputusan untuk perkahwinan anda.



4. Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda tanpa dia meminta daripada anda. Anda luangkan masa kerana anda hormat pada pasangan anda dengan tunaikan hak – hak dia sebagai pasangan anda.

5. Sentiasa berbual dengan pasangan anda tanpa mengira topik. Apabila anda selalu berbual dengan pasangan anda, anda sebenarnya menganggap dia sebagai teman hidup anda dan itu adalah penghormatan buat pasangan anda.

6. Sentiasa berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup anda dengan pasangan anda. Apabila anda berkongsi cerita peribadi anda pada pasangan anda, pasangan anda akan rasa diri dia sangat penting buat anda.

7. Tidak mengutuk pasangan anda di hadapannya dengan kata – kata yang tidak elok. Paling penting, jangan mengumpat perangai pasangan anda pada pihak ketiga.

8. Sentiasa minta maaf jika anda lakukan kesalahan dan sentiasa maafkan pasangan anda jika dia lakukan kesalahan. Selain itu, sentiasa ucapkan perkataan terima kasih pada pasangan anda.

9. Manjakan pasangan anda dengan hati yang ikhlas. Jangan kedekut untuk keluarkan wang untuk memanjakan pasangan anda. Beri apa yang pasangan anda mahu.

10. Mencintai pasangan anda seadanya. Jangan paksa pasangan anda untuk ubah peribadi dirinya.

SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HORMATI PASANGAN ANDA SEBAGAI INSAN YANG ANDA CINTAI... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top