728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 September 2014

HIDUPLAH UNTUK HARI INI...ESOK BELUM TENTU LAGI...



HIDUPLAH UNTUK HARI INI...ESOK BELUM TENTU LAGI...

Tugasan pagi tadi saya interview seorang datin. Di tengah perbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata saya menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa?

Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK HARI INI" sangat menusuk jauh ke dalam hati saya. Apa yang diperkatakan jelas terkena pada batang hidung saya sendiri....

Nasihat Datuk tersebut yang saya perlu share dengan kekawan FB:

✔ Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad.

✔ Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri & anak2. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.




✔ Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.

✔ Jangan terlalu sibuk/ gila mencari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan ALLAH. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya. ( Orang yang kita sayang )

✔ Sentiasa peluk cium anak2, pasangan kita. Kita tak tahu sama ada itu adalah pelukan atau ciuman terakhir buat mereka.

✔ Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula2 mungkin rasa mcm rimas, isteri queen control dan sebagainya...Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least cakap 'saya tengah meeting'. Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

✔ Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.

✔ Ketahui pakaian yang dipakai pasangan anda dan juga anak2 sebelum mereka keluar. Ramai yang tak mengambil berat perkara ini. Malang kadang-kadang tidak berbau kan?

✔ Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tak langsung (tanpa disedari sebenarnya) isteri itu mula menuntut hak sama rata...hak dalam membuat keputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.

* INGATLAH BAHAWASANYA.....JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK HARI...

Copy paste + disalin semula dan diedit oleh RP

SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: HIDUPLAH UNTUK HARI INI...ESOK BELUM TENTU LAGI... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top