728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

28 September 2014

BELAIAN, TOLAK ANSUR....PENAWAR DALAM RUMAHTANGGA

BELAIAN, TOLAK ANSUR....PENAWAR DALAM RUMAHTANGGA

Melayari bahtera perkahwinan tidak semudah disangka. Bergelar isteri atau suami - bermakna tanggungjawab berat sudah sedia menanti.

Pun begitu ramai muda mudi hari ini, hanya sibuk memikirkan persiapan majlis perkahwinan yang mahu segala-galanya dilihat sempurna.

Sehinggalah selepas berkahwin, masing-masing sibuk pula merancang membeli kediaman mahu kenderaan yang lebih besar untuk keselesaan. Tanggungjawab dan beban hidup berumah tangga ditolak ketepi.

Akibatnya kerana kurang persefahaman rumah tangga mula berkocak. Panas yang diharap sampai ke petang rupanya ditimpa hujan di tengah hari. Apabila ini berlaku siapa yang hendak disalahkan?

``Sesuatu yang digemari oleh seseorang itu mungkin tidak disukai oleh pasangannya.

Di dalam rumah tangga para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini serta mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumah tangga yang memerlukan kasih sayang, kerjasama dan saling bantu membantu.

Manakala bagi pihak isteri, mereka perlu memainkan peranan untuk menjadi ibu terbaik bagi melahirkan anak-anak soleh dalam membentuk keluarga bahagia.

kebahagiaan sebuah rumah tangga bukan dinilai dari mata kasar tetapi dari perasaan sayang menyayangi dan persefahaman antara satu sama lain.

- Kaunselor Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Husna Sulaiman

Sumber : Utusan Malaysia

SUAMI ISTERI Rahsia Perkahwinan

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BELAIAN, TOLAK ANSUR....PENAWAR DALAM RUMAHTANGGA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top