728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

09 September 2014

5 RAHSIA KEKALKAN PERKAHWINAN ANDA...



Ikatan perkahwinan yang harmonis amat membahagiakan. Walaupun tidak semudah yang difikirkan ia harus diusahakan agar berhasil. Pecahkan kebuntuan dan masalah yang melanda dengan memahami lima tips yangditampikan disini. Sekiranya ia benar-benar dijadikan panduan kebahagiaan yang didambakan akan akhirnya dikecapi.

1. Tidak mementingkan diri sendiri.
Tanamkan perasaan saling cinta menyintai dan jauhkan sifat mementingkan diri sendiri. Jadi bukan hubungan di bilik tidur sahaja, tetapi fikir dan perhatikan juga tentang kebahagiaan, kesihatan dan keinginan pasangan anda.

2. Hormat-menghormati.
Sentiasa saling hormat menghormati dan melayani perasanan antara satu sama lain.

3. Peka pada perubahan.
Baik perubahan rutin hubungan batin samada akibat menopous ataupun perubahan dalam karier dan sebagainya.

4. Sebagai teman karib.
Jadilah teman sejati kepada pasangan anda. Kerana itu anda hendaklah saling menerima, bantu membantu dan berkongsilah suka dan duka.

5. Bersama menikmati hubungan asmara.
Agar hubungan asmara lebih terasa unik, hendaklah sama-sama merasa dan menikmati nikmatnya. Berusahalah agar mempunyai persamaan dalam harapan, impian, prinsip hidup mahupun khayalan.

Dipetik daripada Majalah Nona Semtember 1998

SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 5 RAHSIA KEKALKAN PERKAHWINAN ANDA... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top