728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

26 September 2014

10 SAAT CIUMAN PAGI BUAT SUAMI MENGUBAH SEGALANYA....

10 SAAT CIUMAN PAGI BUAT SUAMI MENGUBAH SEGALANYA....

Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, nak kemana-manapun, bila kena berjauhan ngan suami dan anak2.

Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan. Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004, ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami.


Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga. Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing-masing.

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat. Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini.

Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil.

Walaubagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya.


Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya.



Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah).

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan cadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana, tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.

Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yang ingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja. Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

---------------- Khasiat Suami Peluk Isteri -------------------

-------------------------------------------------------------------------


Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah.Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.

Keajaiban berlaku( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta.

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ..yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. 

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin saja....betul tak? Saya yakin para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga,
dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu. Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini.

Oklah, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin...

Cuba cubalah... praktikkan!!

sumber : email


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 10 SAAT CIUMAN PAGI BUAT SUAMI MENGUBAH SEGALANYA.... Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top