Breaking News

MENCARI PASANGAN YANG SEMPURNA...


MENCARI PASANGAN YANG SEMPURNA...

Seorang lelaki yang hidup di Perth telah lanjut usianya maka ianya berniat untuk mencari pasangan hidup. Jadi dia pun mula berusaha mencari-cari wanita untuk dijadikan pasangan hidup untuk dikahwini. Perjalanan pun bermula, berhari-hari, berminggu-minggu mencari wanita yang sempurna untuk dijadikan isteri. Akhirnya dia bertemu dengan wanita yang cantik walaupun tanpa make-up dan kosmetik.

Namun, walaupun dia kelihatan sempurna namun lelaki ini ada satu masalah. Wanita ini tidak pandai memasak. Jadi pemuda itu pun melangkah pergi kerana wanita ini tidak cukup sempurna buatnya kerana tidak pandai memasak.

Jadi pemuda ini pun meneruskan lagi pencariannya. Berminggu, berbulan-bulan dan akhirnya dia bertemu lagi dengan seorang wanita lagi malah lebih cantik dari sebelumnya. Malah masakan wanita ini memang sedap dan sangat menyelerakan seperti makan di hotel lima bintang. Malah wanita ini memang mempunyai restorannya sendiri.

Namun lelaki ini tidak berminat untuk menjadinya sebagai seorang isteri kerana pada pandangan lelaki ini wanita ini tidak begitu cerdik. Wanita ini susah untuk berbual dan tahap pemikiran dan pengetahuan amnya kurang. Wanita ini tidak berpendidikan tinggi jadi lelaki ini mengambil keputusan untuk meninggalkan wanita tersebut.

Jadi dia meneruskan lagi mencari pencarian yang baru. Berminggu-minggu, berbulan-bulan sehinggalah akhirnya berjumpa dengan seorang wanita yang pada pandanganya amat sempurna. Wanita ini begitu cantik, masakannya sangat sedap seperti restoran lima bintang malah wanita ini mempunyai rangkaian cawangan restorannya sendiri di seluruh negara. Wanita ini begitu cerdas, dia mempunyai dua ijazah kedoktoran, pengetahuannya begitu luas, mampu bercakap dalam pelbagai bidang ilmu, begitu hebat, begitu baik memang tergolong dalam kumpulan wanita sangat sempurna!

Lelaki ini ingin sangat berkahwin dengan wanita ini....

Namun...Wanita ini menolaknya kerana pada pandangan wanita ini lelaki ini...dia tidak cukup sempurna untuk dijadikan suaminya.




RENUNGAN....
Tiada siapa yang sempurna....

Sememangnya, tiada apa yang sempurna di dunia ini, kerana yang kekal itu akhirat semata-mata. Tapi apa salahnya mencuba mewujudkan kesempurnaan dengan menghargai hasil atau kelemahan dan kekurangan seikhlasnya dan ia pasti wujud bila kita sentiasa cuba usaha yang terbaiksehingga apa pun hasilnya, itulah kesempurnaan.

Suami Isteri saling lengkap melengkapi...masing2 ada kekurangannya....namun berusahalah terus menerus untuk sentiasa bantu membantu antara satu sama lain..menutupi kekurangan masing2 

Diadapatasi semula dari FB : Family Guide Indonesia

SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan
 

No comments