728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 September 2010

SALAHKAH WANITA TAK TAHU MASAK...?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.


Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

sumber : ILUVISLAM.COM


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. nice article. tk pernah terfikirkan pun mcm tu kn..

    perempuan je selalu kena penuhi apa yg laki nk.. tp bila time laki tk bole.. perempuan lak asik kate tkpe jer..

    ish ish ishh.. mcm mana ni..

    ReplyDelete
  2. thank you for sharing...

    ikut pengalaman saya, wanita memang patut memasak sebab makanan jadi darah daging suami & anak2... air tangan isteri, ibu...bakal jadi darah daging yg mengalir dalam diri anak2 & suami..insyaallah keluarga lg rapat. dan anak lebih menghormati ibu.

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan pandangan korsetmurah..suami akan mudah tertambat pada isteri jika isterinya pandai memasak..begitu juga dengan anak2..tak kira kemana jua anak2 bakal merantau..mereka pasti balik jua untuk merasa masakan air tangan ibu mereka..

    Mengenai isu si suami pulak..memang jadi tanggungjawab pun untuk menjadi imam..lagipun bukan susah pun menjadi Imam. Menjadi Imam kepada anak2 dan isteri akan membuatkan lelaki lebih dihormati selaku ketua keluarga..

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:09 AM

    sebanrnye suami isteri sama2 kne main peranan...alangkah bahagianye kalu isteri hebat memasak dn suami hebat untuk m'jadi imam :)

    ReplyDelete
  5. PEREMPUAN HARUS PANDAI MASAK...KALU TIDAK PANDAI MASAK SEDANGKAN BENDA LAIN PANDAI. MACAM TAK SEMPURNA JIKA SEORANG PEREMPUAN TAK PANDAI MASAK.

    ReplyDelete
  6. si suami hendaklah membimbing si isteri utk memasak..pujian dan kata-kata semngat dripada si suami pnting utk isteri bg meningkatkan motiasi utk memasak

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:01 AM

    Salam semua,betul2 saya setuju dgn kata2 BUAT DUIT tu,klau nak isteri2 pandai masak,suami2 mesti la pandai menjadi imam utk family mereka bru la rukun r/tangga.anak2 akan sentiasa hormat pada kita ibu dn ayah mereka,si isteri akan merasa bangga dgn si suami dn si suami pula semakin syg la dgn si isteri,tu bru la betul kan.sama2 la kita renung kan ye.

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing.betul tu saya setuju.hidup berumahtangga yang harmoni.jika suami pandai jadi imam,isteri pandai masak.perlahan2 serba serbi pun pandai.masing2 belajar untuk jadi pandai.baru dihargai dan dihormati dan dapat membentuk generasi kemudian.masa proses belajar memang byk salah n silap,teguran yng di beri jgn sampai melampau.hati perasaan dua2 pihak kena jaga. :)

    ReplyDelete
  9. Setuju, isteri tak pandai masak takper tapi belajarlah, jangan redha jer... nanti Rumah mertua nak tolong apa pun tak reti, last2 duk depan tengok tv @ ngadap anak. Kesian mertua dibuat begitu, Mesti kecil hati maka berkatkah kita? Sebagai isteri elok masak sendiri jimat, terjamin kebersihan, khasiat bahan yang digunakan & halal.
    Buat lelaki mesti boleh jadi imam, barulah boleh membimbing keluarga.
    Dua berusaha ke arah kebaikan insyaAllah berkat & harmoni hidup.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:01 PM

    Tuh yg sy ckp kt xbf sy dlu..klo sebok nk aku masak..ko pun kena sebok jd imam..klo setakat jd tokei kebun itu pun kt farmville facebook..tk payah lah gatal nk menikah

    ReplyDelete

Item Reviewed: SALAHKAH WANITA TAK TAHU MASAK...? Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top