728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 June 2010

MENANGGUHKAN KEHAMILAN

majalah  keluarga,definisi keluarga,keluarga sakinah,gambar keluarga fasha sandha,kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat,undang undang keluarga,artikel keluarga,<br />hari keluarga,Laman Web e-Keluarga.Com,Utusan Malaysia Online - Keluarga
Soalan:
Saya sudah berumahtangga lebih kurang dua tahun lalu. Bagaimanapun, isteri saya tidak mahu memiliki zuriat pada masa ini atas tuntutan kerjaya. Jadi saya akur kehendaknya. Sekiranya kami bersama untuk hubungan intim, kondom menjadi pilihan untuk mengelak kehamilan. Namun, saya perhatikan air mani hanya melimpah tetapi tidak keluar daripada kondom itu. Adakah kemungkinan kehamilan akan berlaku dalam keadaan itu? Saya bimbang juga melihat isteri selalu muram dan enggan bercakap setiap kali menunggu kedatangan haid saban bulan.

AZUAR

Jawapan:


Saudara Azuar, pandangan saya akan berbeza kalau saudara Azuar memberi tahu saya umur isteri dan bilakah isteri saudara Azuar bersedia untuk menerima cahaya mata. Terlalu jarang bilangan pasangan Melayu yang mahu menangguhkan kehadiran zuriat dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun, pada zaman sekarang ini mungkin disebabkan kerjaya mendahului segala-galanya.

Saya melihat kes Azuar dari dua sudut perubatan:

# Penangguhan untuk memiliki zuriat.
# Kaedah terbaik untuk penangguhan ini.

Penangguhan untuk mendapat zuriat dari segi perubatan mempunyai implikasi. Kesuburan seseorang wanita bergantung kepada usia mereka. Mereka amat subur dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun dan akan menurun selepas 35 tahun. Perkara ini perlu diketahui oleh isteri saudara.

Ini tidak termasuk sekiranya wanita itu mengalami haid yang tidak teratur, senggugut yang disebabkan oleh endometrisois, jangkitan kuman dalam pelvis dan lain-lain lagi. Sekiranya perkara-perkara di atas berlaku, kebarangkalian untuk mengandung menurun lebih rendah. Ovulasi menjadi tidak menentu bila usia semakin matang dan sistem peranakan menjadi rosak akibat endometriosis dan jangkitan kuman.

Mengandung di usia lewat juga mempunyai risiko serangan darah tinggi, kencing manis, keguguran malah kelahiran anak pramatang dan anak sindrom down.

Kaedah yang saudara pakai adalah baik jika dipatuhi dengan betul. Namun, kehamilan boleh berlaku sekiranya air mani tumpah dalam vagina. Perkara ini sering terjadi jika suami lambat mengeluarkan alat sulit mereka.

Apabila alat sulit menjadi ‘lembik’ kondom akan tertanggal dan air mani boleh tertumpah di dalam vagina. Walaupun air mani tertumpah di sekeliling vagina, sperma-sperma masih boleh lagi berenang ke dalam vagina dan menyebabkan kehamilan berlaku!

Sekiranya isteri saudara khuatir dan bimbang berlakunya kehamilan tidak diduga, maka saya cadangkan beliau ambil pil perancang keluarga yang boleh dibeli dari mana-mana farmasi. Perlindungan berganda ini memberi dua kebaikan iaitu mencegah kehamilan dan mencegah jangkitan kuman atau virus. Isteri saudara mempunyai kemampuan mengawal sendiri kesuburan beliau dengan mengambil pil perancang.

Kaedah-kaedah lain seperti suntikan MPA, Implanon, IUCD pula saya tidak cadangkan untuk wanita yang belum mempunyai anak.

Jawapan disediakan; Dr Suhaimi Isa Pakar Runding Perbidanan & Sakit Puan
Hospital Pantai Ampang.

sumber : Berita Harian 22 Jun 2010
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MENANGGUHKAN KEHAMILAN Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top