728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

30 June 2010

Si gedik goncang iman | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA

Perempuan, isteri dan jalang,Seks Suami-Isteri,Seks Hebat Untuk Suami-Isteri,Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri,Hubungan intim suami isteri,Rahsia Teknik Kamasutra,| Sex Melayu | Melayu Boleh | Petua Suami Isteri,Panduan Dan Teknik Pancutkan Isteri Dan Wanita,Forum Rumahtangga [ FRT ]
PANAS betul telinga dengar perbualan seorang wanita muda yang begitu berani mengaku dia bukannya isteri yang baik kepada deejay lelaki di sebuah stesen radio, baru-baru ini.

“Kalau suami boleh sms, berkawan dengan ramai wanita di luar sana, saya pun boleh lakukan,” katanya sambil ketawa. Deejay itu mengusik lagi, “Jadi ramailah teman lelaki awak, mesti cantik ni,” kata deejay itu disambut gelak manja wanita itu yang kian menjadi-jadi, mungkin rasa bangga selepas dipuji Deejay tadi.

Perbualan sebegini sudah jadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini tanpa kita sedar itulah pencetus kepada permasalahan rumah tangga. Banyak penafsiran akan dibuat pendengar lain terhadap wanita yang menghubungi deejay itu. Dia mungkin akan dianggap sebagai wanita gedik kerana sikap terbuka meluahkan perasaan. Ke mana perginya sikap pemalu seseorang isteri yang sepatutnya menjaga maruah diri dan suami?

Walaupun ada ruang untuk melepaskan rasa geram terhadap perbuatan suami, sebagai wanita kita tidak seharusnya hebahkan secara spontan begitu kerana bimbang semasa bercakap itu, kita lebih utamakan emosi bukan akal.

Kongsi rasa kali ini ingin mengupas isu mengenai kepincangan rumah tangga angkara wanita gedik yang menggoncang iman lelaki. Mereka menjadikan kelebihan wajah, suara untuk menggoda suami orang kerana pentingkan diri dan didorong kehendak nafsu.
Kes pertama, wanita agak berusia sudah berkahwin lebih 24 tahun dan mempunyai lima anak yang sulung berusia 23 tahun dan bongsu, 13 tahun.

Dalam meniti usia emas, sepatutnya kasih sayang ‘F’ dan suami lebih erat untuk menghabiskan sisa hidup bersama, menunggu kehadiran menantu dan menambah keahlian keluarga.

Namun panas yang disangka berpanjangan hingga ke petang rupanya dilanda ribut di tengah hari menguji kesabaran ‘F’ berdepan ujian yang paling dibencinya.
Suami yang berusia 46 tahun yang disanjung tinggi selama ini, rupa-rupanya sudah enam tahun menjalin hubungan dengan wanita lain berusia 40 tahun dipanggil ‘Z’.

“Suami mengaku ingin mengahwini Z, tetapi apabila saya menawar untuk menarik diri bagi membolehkannya mengahwini wanita itu, dia enggan melepaskan saya dengan alasan masih sayangkan saya dan anak-anak. Suami juga tidak yakin dapat hidup bahagia bersama ‘Z’ selepas kahwin,” katanya.

Dalam keadaan rumah tangga bergelora, ‘F’ masih bersabar. Sebagai seorang isteri yang sedar akan tanggungjawabnya, ‘F’ setia dengan suami dan mendoakan supaya suami dapat berubah dan melupakan wanita itu.

Dalam kes kedua pula, seorang isteri bekerja, Wirda berusia 33 tahun mempunyai dua anak berusia 6 dan 7 tahun, berdepan masalah lebih rumit. Suaminya didapati berkasih dengan isteri orang lain yang menghadapi masalah keluarga.

“Suami saya pernah dipukul saudara mara wanita itu yang mengetahui hubungan mereka. Selepas kejadian dipukul dan mengikuti kaunseling di pejabat agama, suami sedar akan kesilapan dan bersedia untuk berubah, tetapi hati saya sudah tercalit perasaan tidak percaya,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, Wirda mengesan suami mula berubah sikap dan kerap keluar malam. Dia juga cuba mengelak menerima panggilan luar, seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada Wirda.

Tingkah laku suami menyebabkan Wirda keliru. Mungkinkah suami mengulangi perangai lamanya dan jika benar, Wirda nekad bawa kes ke mahkamah syariah.
Memang terasa perit masalah yang dihadapi dua wanita itu. Akak begitu simpati dengan nasib mereka kerana kedua-dua masalah itu adalah angkara suami curang.
Bagaimanapun, di sebalik konflik itu, kedua-dua wanita itu sebenarnya bermusuh dengan rakan sejenis mereka.

Rumah tangga dilanda badai kerana ada orang ketiga iaitu wanita lain yang bersifat mementingkan diri sehingga sanggup merosakkan rumah tangga orang lain.
Perkara begini tidak terjadi jika orang ketiga tidak menggoda suami orang dan pandai menjaga maruah diri. Tetapi ada pepatah yang berbunyi ‘jika bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.’ Lelaki juga tidak terlepas dipersalahkan kerana tidak tahu menjaga pandangan dan kemaluan, mendorong mereka bermain kayu tiga.

Wanita yang dituduh sebagai penggoda pula patut jaga aurat termasuk suara kerana kelebihan itulah jika tidak digunakan dengan baik boleh menggoncang iman lelaki.

'Lelaki cemari poligami

SAYA sangat tidak bersetuju dengan pandangan yang meletakkan wanita sebagai penjahat dalam kes membabitkan poligami. Wahai wanita, seorang lelaki bukan hanya untuk seorang wanita. Allah SWT yang membenarkan mereka mengahwini empat wanita sekali gus dalam tempoh kehidupan mereka. Cinta itu adalah anugerah, suatu nikmat yang tiada tandingannya. Apa yang dinobatkan sebagai ideal, iaitu mencintai dan berkahwin dengan pasangan yang satu itu dan setia sepanjang hayat dengannya adalah konsep ciptaan manusia.

Lelaki jatuh cinta lagi? Biasa berlaku. Memang tidak dibenarkan, tetapi bukan mustahil untuk seorang isteri pula jatuh cinta kepada lelaki lain, dalam situasi tertentu. Inikan pula janda...jika suami jatuh cinta dan ingin berkahwin lagi, mampu dari segi kewangan dan boleh berlaku adil...maka benarkan, relakan.

Masyarakat kita begitu memandang keji mereka yang berpoligami...ataupun kepada wanita yang meninggalkan suami untuk bersama cintanya, padahal mereka berkahwin, bukan berzina. Kita sudah menjadi seperti orang kafir. Mengharamkan yang halal, dan menghalalkan yang haram. Tetapi memang lumrah wanita, tiada yang mahu berkongsi kasih. Hanya wanita hebat yang mampu meredakannya. Jika dilihat dengan teliti, sebenarnya wanita sendiri yang menyebabkan kehancuran. Isteri kedua, ketiga dan keempat yang mahu membolot segala perhatian, atau si isteri pertama yang mendominasi suami hingga menyebabkannya tidak dapat berlaku adil kepada semua.

Hakikatnya juga, lelaki itu sendiri juga yang sudah memberi nama buruk kepada poligami disebabkan kebanyakan mereka adalah pemimpin yang lemah. Wahai wanita, bantulah suamimu untuk berlaku adil. Tidak dinafikan 'perampas' itu wujud, tetapi bukan semua berniat merampas, ada yang hanya mahu berkongsi kasih sayang. Pokoknya, hanya lelaki yang boleh memimpin dan tidak tunduk kepada mana-mana isteri, layak untuk berpoligami. Maka calon-calon isteri tambahan, jika tiada ciri-ciri pemimpin dalam diri cinta hatimu itu, janganlah ambil risiko, kerana kamu pasti akan menderita.

Suami berkahwin lagi itu juga bukannya bermakna dunia sudah berakhir. Jika si suami tidak berlaku adil dan kamu tidak gembira, keluarlah daripada perkahwinan berkenaan. Itu sebabnya wanita mesti mempunyai kekuatan sendiri iaitu pelajaran dan kewangan supaya boleh berdiri sendiri.

sumber : berita harian 2010/06/20
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Si gedik goncang iman | Married, Couple, Health care, Family Planning, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top