








Bekas pengacara Trek Selebriti dan juga pengacara untuk Akademi Fantasia musim ke-8, Jimmy Shanley bakal menamatkan zaman bujangnya.
Jimmy Shanley telah melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Suhaila Elaini, 24, pada 11 Jun baru-baru ini.
Majlis itu telah diadakan selepas solat Maghrib di rumah pihak keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra.
Suhaila Elaini adalah anak kepada pengasas produk kecantikan, Natasya.
Mereka dijangka melangsungkan hari bahagia pada Oktober nanti.
Mereka dikatakan telah mengenali antara satu sama lain sejak 2006.
Tahniah RP diucapkan kepada Jimmy dan Suhaila.
direncana oleh
rahsia perkahwinan
13 June 2010












0 comments