Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 22 June 2010

majalah  keluarga,definisi keluarga,keluarga sakinah,gambar keluarga fasha sandha,kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat,undang undang keluarga,artikel keluarga, hari keluarga,Laman Web e-Keluarga.Com,Utusan Malaysia Online - Keluarga
KADANG KALA saya jadi bingung, ada orang kata jangan percaya suami 100 peratus, ada pulak kata wajib percaya. Berpegang kepada kepercayaan mesti percayakan suami inilah saya melayari hidup berumahtangga dengan Noor menjangkau hingga6 tahun. Mulanya memang bahagia, tetapi masuk tahun keenam segala-galanya bertukar. Tanpa saya sedari sebabnya.'' Demikian cerita Ezaniwati dalam emelnya.

''Bermula selepas saya melahirkan anak kedua kami. Masalah pertama timbul bila tak ada orang yang nak jaga baby. Nak hantar kampung suami jauh, susah nak berulang. Nak suruh emak saya jaga Noor tak suka.

''Cari punya cari akhirnya jumpalah seorang suri rumah yang sudi jaga anak kami. Tapi syaratnya mesti ambil paling lewat jam 6 petang. Sebab dia perlu masak untuk keluarganya, jadi kalau ada anak kecil agak menyusahkan dia.

''Kerana dah terdesak saya setuju. Tapi masalahnya, bukan mudah nak balik awal sebab saya kena tunggu Noor datang jemput. Noor pulak sejak akhir-akhir ini selalu sangat balik lewat, katanya banyak kerja. Jadi kalau saya nak balik cepat kena naik bas.

''Bas di kota ini bukan mudah dan tidak menepati waktu, kalau dah hujan lebih teruk lagi. Nak tumpang kawan tak ada pulak yang satu arah. Nak tak hendak saya terpaksa naik bas dan biasanya memang lewat.

''Bila selalu lewat si penjaga mula cerewet katanya saya tak menepati janji. Bila saya mengadu pada Noor saya pulak kena marah. Sejak itu rumah tangga kami sering tak tenteram. Puas saya cari pengasuh lain, susah nak dapat. Nak hantar ke taman penjagaan kanak-kanak. Bayaran wang lebih masa dikenakan. Satu lagi masalah.

''Berpunca dari benda-benda kecil seperti inilah kami sering berselisih faham. Akhirnya saya terpaksa beli kereta kecil, pinjam duit ayah untuk duit muka, sebab kalau tak bayar duit muka ansurannya tinggi, tak mampu pulak.

''Bila dah ada kereta semakin lewat Noh balik rumah, kalau dulu jam 8 malam dah sampai rumah, akhirnya dia balik jam 10 atau 11 malam. Kerja banyak itulah alasannya. Memang dia tak makan di rumah, tapi saya terpaksa uruskan 2 orang anak dan mengemas rumah seorang diri, sedangkan saya pun perlu rehat setelah penat bekerja.

''Hujung minggu pun Noor sentiasa sibuk dengan aktivitinya, memancinglah, lepak dengan kawanlah, hantar kawan kawinlah, macam-macam alasan. Sesekali dia ada di rumah. Tapi bila petang dia pergi lepak tah kat mana.

''Kami jarang balik kampung sebab kesuntukan masa. Kata Noor kalau rindu sangat dengam emak awak, awak baliklah sendiri. Takkan saya nak balik sendiri dengan dua orang anak yang masih kecil. Lagi pun apa kata keluarga bila suami tak ikut sama.

''Kadang tu bila ada kenduri atau jemputan kahwin memanjang Noor tak mahu ikut saya balik kampung. Keengganan dan kelainannya membuatkan saya merasa sangsi dan hairan. Nak jadikan cerita satu hari saya ternampak kerongsang tudung terjaduh di lantai kereta Noor. Ketika itu dia mandi, saya ambil nak pasti bukan milik saya.

''Kerongsang itu saya simpan menjadi bukti. Dalam pada itu saya cuba siasat apa sebenarnya punca Noor suka balik lewat. Kawannya kata dia balik cepat, sekali sekala saja lambat. Jadi ke mana dia kalau sering balik rumah lewat malam?

''Telefon bimbit untuk kemudahan dan menyimpan seribu satu rahsia. Dari telefon itulah saya dapat mengesan ke mana Noor berlabuh, dan rahsianya.

Bukti

''Bila bukti sudah cukup saya tanya Noor, siapa wanita bernama Erna, dan mengapa dia selalu pergi di Pandan. Lelaki biasalah bila rahsianya pecah bukan nak mengaku sebaliknya dia mengamuk marahkan saya kerana mengganggu peribadinya.

''Kami perang besar, seminggu tak bertegur sapa. Saya berusaha untuk memulihkan hubungan kami, sebaliknya berakhir dengan pertengkaran. Kata Noor hidup kami sepi kerana saya terlalu sibuk dengan kerja saya hingga tak melayan dia. Sebaliknya saya suka mengarahkan dia mengambil anak, itu bukan kerjanya.

''Saya tanya Noor apa cadangannya untuk pulihkan kembali hubungan kami. Katanya sebagai isteri dan ibu saya mesti berhenti kerja, beri perhatian sepenuhnya kepada anak, suami dan rumahtangga. Memang saya bantah.

''Tapi itulah alasan Noor semakin balik rumah jauh-jauh malam. Setelah berbincang dengan keluarga akhirnya saya mengalah dan berhenti kerja. Harapan saya selepas ini tentu rumah tangga kami kembali pulih.

''Lepas berhenti adalah tiga bulan Noor balik awal, lepas itu dia sambung balik tabiatnya balik lewat. Kalau balik awal pun muka tak pernah senyum macam terpaksa aja. Dia dalam dunianya sendiri bergayut di telefon. Penat telefon main SMS, siapa tak sakit hati. Dia lebih suka berbual di telefon daripada saya.

''Bila dah berhenti kerja masalah baru timbul, Noor tak pernah bagi duit cukup untuk belanja dapur, bagi duit sikit tapi suruh berjimat. Akhirnya saya tak mahu ambil duit lagi, sebaliknya saya suruh dia beli barang dapur termasuk ikan dan sayur. Tujuan saya supaya dia tahu berapa belanja dapur sebenarnya.

''Malangnya barang makan beliannya tak pernah cukup. Nak minta duit tambahan memang susah, memanjang tak cukup duit. Akhirnya duit simpanan semakin menguncup. Sebab anak nak susu, Noor pulak sering terlupa nak beli susu.

''Masalah kewangan selepas saya berhenti kerja memang tenat. Tapi Noor buat selamba. Dia tak mahu keluar duit. Ini membuatkan kami sering bertengkar. Akhirnya Noor ceraikan saya, alasannya saya hanya menyusahkan hidupnya. Tetapi selepas saya selidik melalui kawannya, rupanya dia bercadang nak kahwin dengan gadis Pantai Timur. Mereka bekerja dalam satu bangunan tapi berlainan majikan.

''Menyesal saya berhenti kerja. Tetapi segala-galanya dah terlambat. Saya ditinggalkan sendirian dengan anak-anak tanpa nafkah dan sewa rumah. Akhirnya saya terpaksa balik kampung sebab duit dah habis dan tuan rumah dah tuntut sewa.

''Saya bersyukur kerana ibu bapa saya amat perihatin dan sering membantu walaupun mereka bukan berpelajaran tinggi. Mereka nasihatkan saya mengambil iktibar daripada apa yang terjadi. Katanya kerana saya berpelajaran tak salah pergi cari kerja untuk sara anak-anak. Dan buat sementara waktu mereka bersedia menjaga anak-anak saya.

''Melalui kawan-kawan lama sama-sama belajar dulu, saya berpeluang mendapat kerja sementara walaupun gajinya tak banyak. Saya akur, mungkin Allah sedang menguji kekuatan iman saya InsyaAllah rezeki saya akan bertambah nanti.

''Berbekalkan semangat dan keazaman yang kuat akhirnya saya dapat kerja tetap di tempat lain dalam masa tak sampai enam bulan. Saya bercadang membawa anak-anak tinggal bersama bila yang sulung hendak masuk sekolah nanti.

''Sejak bercerai saya belum lagi membuat tuntutan nafkah anak-anak dan nafkah edah, bukan tak mahu, tapi tak ada masa, sebab saya perlu cari kerja untuk menyara anak-anak yang masih kecil. Pada saya jika Noor tak sedar dia kena bagi nafkah untuk anak-anak mungkin satu hari nanti Allah akan sedarkan dia.

''Kini Noor sudah pun berkahwin, sedihnya sedang isterinya hamil syarikat tempat isterinya bekerja gulung tikar. Noor tahu saya sudah bekerja cuma dia tak mahu cari anak-anaknya, sebab dia takut saya tuntut nafkah.''

sumber : Utusan Malaysia 20/06/2010

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !