728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

17 May 2010

Panduan Gigi sensitif | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Panduan Gigi sensitif | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
Adakah anda mempunyai gigi sensitif?

Pernahkah anda merasa denyutan ngilu pada gigi apabila minum air sejuk berais? Atau pernahkah gigi anda terasa bisa yang tajam apabila menikmati manis-manisan, lantas membuat anda menyesal dan serik makan makanan yang begitu manis?
Pernahkah anda menghirup sup labu panas kegemaran anda, tetapi kemudiannya mengalami rasa sakit yang menusuk-nusuk pada gigi? Bagaimana pula dengan salad mangga masam yang anda idamkan, tetapi tidak berani untuk merasa kerana takut terasa sakit pada gigi anda?
Jika anda jawab ‘ya’ bagi soalan-soalan di atas, anda mengalami masalah gigi sensitif, atau lebih tepat lagi, anda menghadapi kehiperpekaan dentin (dentine hypersensitivity). Kehiperpekaan dentin adalah keadaan yang sering dialami hampir 57 peratus pesakit gigi di dunia.

Berdasarkan Kajian Omnibus Colgate Malaysia, 14 peratus rakyat Malaysia mengadu mengalami masalah gigi sensitif. Isu gigi sensitif ini juga kian mendapat perhatian dan menjadi keprihatinan orang ramai kerana ia sememangnya menjejaskan mutu kehidupan seharian.

Berdasarkan tinjauan rambang yang dilakukan Colgate mengenai isu gigi sensitif baru-baru ini, ramai mengaku akan hakikat bahawa keadaan gigi sensitif yang dihidapi menjejas dan menghindar kegiatan seharian mereka, daripada cara pemakanan sehinggakan aktiviti sosial mereka. Bayangkan jika anda melawat bandar Melaka bersama rakan, tetapi tidak berupaya merasa cendol durian termasyhur dek gigi sensitif anda itu!

Masalah gigi sensitif ini bukan saja mengekang gaya hidup, tetapi ramai yang dirundung masalah ini terpaksa menahan kesakitan dan mereka sering enggan berjumpa dengan doktor gigi kerana takut akan kesakitan yang akan dialami.

Apa sebenarnya kehiperpekaan dentin?


Kehiperpekaan dentin (atau gigi sensitif dalam istilah biasa) adalah ketidakselesaan pada sebatang gigi atau lebih, yang disebabkan oleh makanan dan minuman yang panas, sejuk, manis atau masam, ataupun hanya setakat dengan menghirup udara sejuk. Rasa sakit biasanya tajam dan mendadak, dan boleh menusuk dalam sehingga ke hujung saraf gigi anda.

Kehiperpekaan dentin terjadi apabila dentin (lapisan tengah) gigi terdedah. Biasanya, dentin disaluti lapisan enamel di atas gusi dan simentum di bawah gusi. Dentin mempunyai lubang kecil dipanggil tubul. Dalam setiap tubul ada cabang saraf yang berasal daripada pulpa gigi (pusat saraf gigi).

Apabila dentin terdedah, suhu dan tekanan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menjejas cabang saraf ini dan inilah yang menyebabkan kehiperpekaan.

Selain makanan, apa lagi yang boleh menyebabkan gigi sensitif?

· Mengetap gigi – Mengetap gigi dan mengasah gigi (atau dalam istilah perubatannya ‘bruxism’) boleh menyiat enamel gigi dan dalam sesetengah orang, mengakibatkan kawasan dentin terdedah. Gigi yang patah akibat trauma juga boleh menyebabkan kehiperpekaan yang sama.

· Penghakisan gigi – Makanan yang berasid dan refluks gastrik boleh mengakibatkan penyusutan enamel dan dentin gigi, suatu sebab untuk anda mengelakkan manis-manisan dan air bergas kerana ini merangsang persekitaran berasid dalam mulut anda.

· Kerosakan dan lubang pada pengisian gigi – Jika pengisian gigi anda tidak ditutup dengan betul, kerenggangan yang ada akan mendedahkan dentin kepada mulut anda, mengakibatkan anda lebih senang mendapat kehiperpekaan dentin.

· Membersihkan gigi – Anda mungkin mengalami sedikit tanda gigi sensitif selepas menjalani pembersihan atau proses menyisik gigi kerana lapisan kotoran tartar atau kulkulus yang sebelumnya melindungi dentin yang terdedah dihapuskan.

· Proses pemutihan gigi – Bahan yang digunakan untuk memutihkan gigi boleh mengakibatkan penipisan enamel dalam proses menghapuskan kotoran. Sesetengah bahan pemutih lebih melelaskan daripada yang lain, jadi lebih baik jika anda rujuk kepada doktor gigi sebelum melakukan sebarang proses pemutihan gigi.

· Meluruskan gigi – Mengubah kedudukan gigi anda boleh mengakibatkan kawasan dentin yang terselindung sebelumnya, terdedah. Ini membawa kepada kehiperpekaan dentin. Namun, proses mengubah kedudukan gigi yang mengakibatkan tekanan pada gigi ini jarang menyebabkan gigi lebih sensitif.

Bagaimana anda boleh mengatasi gigi sensitif?

Usaha mengelak daripada makan makanan dan minum minuman yang panas, sejuk, masam dan manis adalah cara yang paling mudah mengelakkan rasa sakit. Selain itu, ubat gigi khas untuk gigi sensitif juga boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Colgate, jenama utama yang dipercayai dalam bidang pergigian, baru-baru ini memperkenalkan Colgate Sensitive Pro-Relief, ubat gigi yang pertama dan satu-satunya terbukti secara klinikal, mampu memberikan rasa lega pada gigi sensitif secara segera dan tahan lama.

Kemajuan utama dalam rawatan gigi sensitif dengan formula Pro-Argin Colgate yang eksklusif kepada jenama itu, bermatlamat untuk memberikan rasa lega yang segera kepada rakyat Malaysia yang menghidap masalah gigi sensitif.

Meskipun kebanyakan ubat gigi sensitif mampu menyebalkan rasa sakit pada hujung saraf, teknologi Pro-Argin daripada Colgate berkesan kerana ia menghindar reseptor sakit (pain receptors) dalam gigi daripada menerima rasa panas, sejuk dan tekanan yang sebelumnya merangsang reseptor itu lalu menyebabkan anda rasa sakit.

Colgate Senstive Pro-Relief boleh disapu secara langsung pada gigi yang sensitif, dengan menggunakan hujung jari dan dengan perlahan, mengusap gigi anda selama satu minit untuk rasa lega yang segera. Memberus gigi secara lazim dengan ubat gigi Colgate Sensitive Pro Relief boleh membina benteng pertahanan yang berpanjangan bagi gigi anda, lantas menjadi pelindung dan menghindarkan anda daripada masalah gigi sensitif.

Teknologi Pro-Argin sebelum ini hanya boleh didapati melalui doktor gigi sebagai penawar profesional untuk mengatasi kehiperpekaan dentin. Dengan memperkenalkan Colgate Sensitive Pro Relief untuk semua, Persatuan Pergigian Malaysia akur akan keberkesanan ubat gigi ini dan lantas menganugerahkannya kedap MDA. Ubat gigi sensitif Colgate adalah satu-satunya ubat gigi sensitif yang diiktiraf Persatuan Pergigian Malaysia dan ubat gigi ini juga diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dengan Colgate Sensitive Pro Relief, teknologi yang sebelumnya hanya boleh digunakan oleh pakar, kini boleh didapati di pasar raya terdekat dengan anda. Orang yang menghadapi masalah gigi sensitif akhirnya boleh mendapatkan kelegaan segera dan terus menikmati ais krim yang sedap atau laksa panas yang berempah bersama rakan tanpa takut akan rasa sakit !

sumber : Berita Harian 2010/05/13
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Panduan Gigi sensitif | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top