728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

28 April 2010

Padah kecurangan suami isteri | Posting Yang Mesti Dibaca!

rahsia seks osuami isteri
NOR ( bukan nama sebenar ), 35, mengakui beliau mengalami suasana rumah tangga yang amat manis pada lima tahun pertama usia perkahwinan dan amat bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata yang menjadi pengikat kasih sayang antara beliau serta suami.

Kedua-duanya berjawatan tinggi dan memiliki sumber kewangan yang kukuh selain mampu untuk bercuti ke luar negara setiap tahun, namun lama-kelamaan Nor mengakui beliau mula berasa tertekan dengan suami yang hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya saja.

“Memang pada mulanya saya berasa suami memahami saya, tetapi sesudah melahirkan anak ketiga, suami mula mengabaikan kami di rumah dan asyik menumpukan pada kerja saja.

“Saya mula berasa tertekan kerana saya menguruskan segala-galanya sendiri walaupun ada suami. Jika sebelum ini kami bergilir menghantar dan menjemput anak ke sekolah, suami sering beri alasan beliau banyak kerja di pejabat,” katanya.

Nor mula merasakan sudah tidak wujud pembahagian tugas yang sepatutnya dikongsi bersama kerana beliau perlu melakukannya semua secara bersendirian sehinggalah anak demam pun beliau terpaksa menghantar anak ke klinik tanpa ditemani suami.

“Saya juga bekerja, sama seperti suami. Pulang dari kerja, saya bergegas ke dapur, waktu malam pula membersihkan rumah terutama habuk kerana dua daripada anak kami alah kepada habuk. Mana sempat untuk saya mengerjakannya seorang diri.

“Itu belum dikira menyiapkan pakaian untuk kerja keesokannya, bangun seawal pagi untuk menyiapkan bekal anak selain suami sendiri mahu bersarapan di rumah walaupun saya tahu dia akan bersarapan sekali lagi di pejabat bersama teman,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang lebih menyentap fikiran Dewi ialah keperluan batin suami yang terlalu kuat menyebabkan beliau berasa amat tertekan untuk memenuhi permintaan suami yang agak melampaui batas sedangkan beliau juga bekerja.

“Balik ke rumah, kerja saya tidak selesai juga kerana menyiapkan keperluan kami anak beranak untuk esok sedangkan suami terus berehat. Bila tiba masa untuk saya berehat, dia pula mahu saya melayannya. Dia langsung tidak cuba memahami saya.

“Sehinggalah pada suatu hari, saya bertemu rakan lama ketika membeli keperluan rumah di sebuah pasar raya. Dengan tiga anak dan barang yang perlu dibeli, dia berbual dengan saya sambil dia juga membeli barang. Kami bertukar nombor telefon dan bermula dengan bertanya khabar, kami menjadi lebih mesra,” katanya.

Nor mengakui sikap ambil berat dan prihatin rakan itu membuatkan beliau rasa dihargai dan apabila ada yang memahami, beliau mula meluahkan keluhan hati mengenai suami yang jarang memahami kehendak dan masalah yang dihadapi.

“Suami saya juga kerap ke luar daerah. Ini memudahkan lagi tujuan saya untuk keluar berjumpa ‘rakan.’ Anak mengetahui, tetapi mereka juga seronok apabila saya bawa berjumpa rakan. Dengan statusnya yang bujang, dia tidak mempunyai masalah untuk bertemu saya.

“Saya pula yang terpaksa mencari helah untuk bertemu dengan dia. Perhubungan kami semakin jauh dan berlarutan. Saya membuat pengakuan pada suami mengenai apa yang sudah terjadi. Suami terkejut dan berjanji untuk lebih memahami saya, tetapi janji tinggal janji,” katanya.

Nor berkata, beliau tekad untuk berhenti berhubung dengan rakannya itu, tetapi suaminya tidak pernah menunaikan janji sebaliknya beliau dapat menghidu suami mempunyai hubungan dengan wanita lain selain jarang pulang ke rumah.

Lantaran tidak mahu menambahkan dosa diri sendiri dan tidak mahu suami terus terjebak dengan perkara yang sudah dilakukannya, Nor bersemuka dengan suami dan ternyata mereka masih mempunyai kemahuan antara satu sama lain, tapi ibarat nasi sudah menjadi bubur, tiada jalan penyelesaian kecuali berpisah.

“Saya melalui beberapa siri pergaduhan yang teruk, tetapi akhirnya suami menjatuhkan talak dan saya meneruskan perhubungan dengan rakan tadi.

“Saya akui rasa berdosa yang amat sangat kerana curang terhadap suami, tetapi kalau dia memahami saya, tidaklah sampai saya tergamak untuk menduakan dia. Saya sudah melakukan yang terbaik untuk rumah tangga kami walaupun sakit hati kerana suami seakan tidak nampak pengorbanan saya.”

Penyudahnya, kecurangan menjadi senjata untuk Dewi bertindak menyedarkan suami walaupun agama melarang keras beliau melakukannya.


" Sesungguhnya perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"
Riwayat Abu Daud dan Hakim


sumber : email
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Padah kecurangan suami isteri | Posting Yang Mesti Dibaca! Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top