728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

10 April 2010

Masalah Mengatasi Mulut Berbau | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Masalah Mengatasi Mulut Berbau | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
Kebersihan oral atasi mulut berbau

Saya mengalami masalah halitosis (mulut berbau) yang amat ketara, walaupun saya sudah membuat berbagai rawatan. Saya menggosok gigi dan lidah setiap kali lepas makan. Saya juga membuat pemeriksaan gigi secara teratur, saya mengelakkan makanan yang mengundang bau seperti petai.

Baunya amat busuk walaupun melalui pernafasan, saya amat malu dan tertekan dan jarang bersosial disebabkan masalah ini.

Untuk pengetahuan doktor saya menghidap penyakit resdung, iaitu gatal-gatal hidung apabila terkena habuk, apabila digosok pada hidung ada terasa seperti bau nanah. Saya ingin penjelasan doktor. Terima kasih.

* AN, Johor Bharu.

JAWAPAN,

Nafas atau mulut berbau (Halitosis) boleh disebabkan oleh masalah yang berpunca dari bahagian hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru mahupun dari perut. Semua bahagian ini ada bersangkut-paut dengan ruang pernafasan.

AN telah membuat perkara yang betul iaitu membuat pemeriksaan gigi dan mengamalkan pembersihan oral yang memadai. Oleh kerana masalah halitosis itu berterusan, saya berpendapat masalah AN mungkin berpunca dari bahagian hidung ataupun sinus.

Sinus adalah ruang kosong di bahagian tengkorak yang berkomunikasi dengan ruang hidung. Apabila ruang sinus ini dijangkiti oleh kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung lalu menitis ke belakang tekak (post nasal drip).

Ini akan membawa kepada pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Rinitis ialah istilah yang menyatakan bengkak pada tisu bahagian hidung (inflamasi atau radang pada membran mukus di hidung) yang boleh menyebabkan gatal-gatal hidung dan bersin. Ia sama ada disebabkan oleh alahan ataupun infeksi pada mana-mana bahagian hidung atau rongga sinus. Post nasal drip boleh disebabkan oleh rinitis itu sendiri.

Saya ingin menasihat AN supaya berjumpa seorang pakar ENT supaya pemeriksaan sinus melalui endoskopi dan rawatan sewajarnya dapat diberikan. Ini beasar kemungkinan akan dapat menghilangkan masaalah halitosis AN.

sumber :ARKIB UTUSAN : 10/01/2010
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Masalah Mengatasi Mulut Berbau | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top