728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

11 November 2009

Lelaki – kesan gangguan syahwat | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA

Lelaki Memang Berbeza Dari Wanita | Fisiologi Lelaki | Rahsia Seks Lelaki Maskulin | Lelaki Online | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA | Fisiologi Lelaki | Rahsia Seks Lelaki Maskulin | Lelaki Online | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA
PENYAKIT Disfungsi Ereksi (ED) atau lemah tenaga batin sering menjadi sungutan di kalangan lelaki. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, Jepun dan Malaysia, 52 peratus daripada penghidapnya adalah mereka yang berusia 40 hingga 70 tahun.

Walaupun lebih separuh daripada pesakit ED terdiri daripada lelaki pertengahan umur, namun ia bukanlah sebahagian daripada proses penuaan.

Malah, lelaki seawal usia 29 tahun juga boleh diserang masalah ED jika tidak diberi rawatan semasa di peringkat awal.

Naib Pengerusi Persatuan Perancang Keluarga Selangor dan Wilayah Persekutuan, Dr. Guna Sittampalam berkata, ED adalah istilah perubatan bagi penyakit lemah tenaga batin atau mati pucuk.

“Ia merupakan ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar yang mencukupi untuk persetubuhan yang memuaskan,” jelasnya.

Dr. Guna memberitahu, ia adalah masalah biasa yang mana dijangkakan lebih dari satu juta lelaki di Malaysia mengalaminya.

“Walau secara lazimnya ED lebih kerap menyerang mereka yang berumur, namun ia biasanya dikaitkan dengan penyakit tertentu atau pengambilan ubat yang mengganggu fungsi seksual,” katanya.

Menurut Dr. Guna, ramai yang beranggapan bahawa Ed berlaku dengan semula jadi akibat bekerja terlalu kuat, ketegangan dan tekanan yang meningkat.

“Walaupun faktor psikologi memainkan peranan bagi sesetengah lelaki, kebanyakan kes ED ada kaitan dengan keadaan fizikal,” katanya.

Antaranya ialah keadaan perubatan yang mengakibatkan pengaliran darah ke zakar tersekat seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau kadar kolesterol dalam darah yang tinggi.

Ia juga boleh berlaku ekoran kecederaan akibat kemalangan atau pembedahan prostat dan pengunaan ubat-ubatan untuk merawat tekanan darah tinggi dan kemurungan.

“Malah, gaya hidup seperti merokok, pengambilan minuman keras atau beralkohol dan penyalahgunaan dadah juga boleh menyumbang kepada masalah itu,” tegas beliau.

Di samping itu, katanya, walaupun 70 peratus daripada pesakit mengalami ED disebabkan masalah organik, namun psikologi turut menjadi punca bagi kebanyakan pesakit lain.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Antaranya ialah kerisauan terhadap keupayaan seksual, hilang minat dan keretakan hubungan suami isteri.

Masalah psikiatri seperti kerisauan tidak terkawal, kegundahan, trauma, tekanan yang melampau dan Endocrine atau hyperprolactinaemia juga dikenalpasti sebagai antara punca.

“Kesihatan seksual adalah mustahak bagi kesihatan fizikal dan emosi keseluruhannya dan persetubuhan dapat menaikan taraf kesihatan serta hubungan suami isteri walau di peringkat umur berapa pun.

“Keupayaan seksual tidak mempunyai tarikh luput, Jika anda mempunyai tanda-tanda ED, segeralah berjumpa doktor kerana ia boleh dirawat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, tambah Dr. Guna, suami isteri perlu berjumpa doktor untuk berbincang tentang pilihan yang sedia ada bagi merawat penyakit tersebut.

Katanya, mereka boleh mendapatkan nasihat kaunseling, menggunakan ubatan oral, alat vakum atau pam angin, suntikan ubatan ke dalam zakar, memasukkan ubat ke dalam saluran kencing dan pembedahan pemulihan fungsi zakar.



Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Lelaki Disini Agar Anda Lebih Macho, Tegap Dan Bertambah Kacak....Hehe...
    Jangan Segan2..Realisasikan Badan Impian Anda.....

    ReplyDelete

Item Reviewed: Lelaki – kesan gangguan syahwat | MAN, macho, body, matured, health LELAKI MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top