728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

05 October 2009

Yu Zhenhuan - Lelaki Berbulu | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA

Yu Zhenhuan - Lelaki Berbulu | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIAMEMANG Yu Zhenhuan memiliki bakat untuk menjadi tokoh ternama.

Berbekalkan bakatnya dalam bidang seni - terutama muzik rock - Yu boleh dikenali sebagai artis, namun bukan itu yang menjadi perhatian ramai.

Di China, kini Yu dianggap manusia paling banyak bulu.

Kira-kira 96 peratus badan Yu diliputi bulu memungkinkan dia hampir menyamai rekod pasangan adik-beradik Mexico, Victor ‘Larry’ dan Gabriel ‘Danny Ramos Gomez, yang diiktiraf Guinness Book of World Records kerana diselaputi bulu pada 98 peratus tubuh mereka.

Dalam keadaan begitu, Yu, 26, tidak pernah malu dengan dirinya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Bagi Yu, dia boleh menggunakan kelebihan dirinya untuk mencapai impian bergelar artis.

Justeru, dia memuat naik gambarnya di Internet sebagai sebahagian daripada caranya memperoleh tawaran menandatangani kontrak sebagai penyanyi rock di China.

Lahir di Shenyang, sebuah daerah bercuaca dingin di timur laut wilayah Liaoning, hidup awal Yu memang sangat mencabar.

“Orang mentertawakan saya dan memberi gelaran ‘orang batu’ menyebabkan kadang-kadang saya melawan, seperti membaling batu ke arah mereka.

“Bagaimanapun, apabila semakin dewasa, saya belajar untuk berdepan dengan keadaan semasa,” katanya.

Satu ketika dulu, Yu pernah menjalani pembedahan membuang sebahagian daripada bulu di telinga apabila ia memberi kesan terhadap pendengarannya.

Dia juga pernah menjalani siri pembedahan sama di bahagian hidung, serta membetulkan gusi yang menenggelamkan giginya.

Kini, Yu berazam membuktikan bahawa bulu berlebihan pada tubuhnya itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya berjaya dalam bidang muzik.

Memanglah, katanya, pada peringkat awal dia menjangkakan persepsi pendengar sukar dikikis daripada faktor fizikalnya.

“Namun, saya berazam untuk menarik perhatian mereka semata-mata kerana bakat dalam bidang muzik,” katanya.

Sebenarnya, sebelum menjadi penyanyi pun, Yu pernah membabitkan diri dalam bidang seni.

Ketika berusia enam tahun, dia diberi kepercayaan menjayakan filem Pengembaraan Budak Berbulu.

Minatnya dalam bidang seni juga sangat kuat.

Ketika berada di hospital selepas menjalani pembedahan, deretan koleksi album artis antarabangsa diletakkan di bawah katilnya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Antara album itu adalah Sting dan Nat King Cole.

“Saya tahu bagaimana sakitnya menjadi cemuhan dan bahan gurauan orang lain kerana ciri fizikal berbeza.

“Justeru, dengan kemunculan saya sebagai penyanyi, diharap mana-mana individu lain yang memiliki masalah sama mendapat semangat untuk menghadapi kenyataan,” katanya.

Bagi Yu, cara terbaik membalas setiap sendaan terhadap dirinya adalah dengan membuktikan betapa dia juga memiliki kelebihan.

“Memanfaatkan kelebihan diri adalah pendekatan terbaik untuk menutup mulut mereka,” katanya.

Selain mahir menggunakan gitar, Yu juga belajar bermain saksofon.

Tidak cukup dengan itu, Yu berazam untuk meningkatkan keupayaan dirinya dengan belajar mencipta lagu pula.

“Sekurang-kurangnya saya boleh menggubah lagu untuk diri sendiri,” katanya.

HARIAN METRO


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Yu Zhenhuan - Lelaki Berbulu | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top