Breaking News

Resepi Masakan Pai Ayam Cendawan

Resepi Masakan Pai Ayam Cendawan | MALAYSIAN RECIPES, food recipes, Resepi, Resipi Masakan MALAYSIA
BAHAN PASTRI:

2 cawan tepung gandum

100 gm mentega

4 sudu besar susu segar

2 sudu besar air

1 biji telur

Secubit garam

sales@rahsiaperkahwinan.com

BAHAN ISIAN:

5 biji cendawan butang (hiris nipis)

1/2 cawan jagung

2 biji tomato (potong dadu)

1 cawan daging ayam cincang

1 cawan susu segar

2 sudu besar mentega

2 biji telur (pukul)

Garam dan gula

3 sudu besar krim keju

sales@rahsiaperkahwinan.com

CARA MENYEDIAKAN:

1. Gaul tepung dan mentega serta garam.

2. Masukkan kuning telur dan sebiji telur.

3. Gaul sebati. Kemudian tuangkan susu segar.

4. Uli hingga menjadi doh. Kalau ia masih keras bubuhkan sedikit air.

5. Jika sudah lembut tidak perlu dibubuh air.

6. Masukkan dalam plastik dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

7. Sementara itu dalam kuali, panaskan mentega.

8. Masukkan isi ayam dan garam serta sedikit gula.

9. Tumis hingga masak. Matikan api.

10. Bubuhkan susu segar, krim keju, tomato, telur, cendawan dan jagung.

11. Gaul sebati.

12. Gelek doh dan terapkan dalam acuan.

13. Bakar pastri selama 15 minit pada suhu 180oC.

14. Keluarkan dan biarkan ia sejuk.

15. Tuangkan isian dan bakar semula selama 30 minit ataupun bahagian atasnya berwarna perang.

-sajiONLINE-

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com

No comments