728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

23 October 2009

Nanu Baharuddin menjadi Qistina SpaQ | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Nanu Baharuddin menjadi Qistina SpaQ | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
PERWATAKAN aktres Nanu Baharuddin yang menghampiri watak Qistina menjadikan dia pilihan yang paling tepat untuk menggantikan Norish Karman.

Puas berahsia tentang aktres mana yang akan bawa watak Qistina di musim baru, akhirnya pihak produser Global Station Sdn Bhd mengumumkan nama Nanu Baharuddin di sebuah sidang akhbar di ibu kota petang tadi.

Sebelum ini, terdapat banyak spekulasi tentang siapa yang akan menjadi Qistina di musim ketiga Spa-Q. Antara nama-nama yang disebut termasuk Umie Aida dan Sofia Jane.

Ketika ditanya adakah benar Norish Karman disingkirkan?

"Norish bukan disingkirkan tetapi kami hanya ingin menampilkan muka-muka baru bersesuaian dengan tajuk baru dan bersiaran di Astro," kata Adila Datuk Ramly, penerbit eksekutif Global Station Sdn Bhd, yang juga anak kepada produser Zaiton Mohd Jiwa.

Bukan saja watak utama ditukar, malah tajuk drama bersiri yang pernah di siarkan di TV3 dan kini di Astro, akan membawa tajuk baru 'Spa Qistina'. Drama bersiri popular ini pernah bersiaran sebanyak 60 episod.

Banyak muka-muka baru akan menjadi penyeri Spa Qistina yang akan bersiaran pada bulan Januari 2010 seperti Fasha Sandha sebagai Frieda, Nora Danish (Maya), Rizman Khuzaini (Ade Putra), Kefli AF3 dan barisan pelakon-pelakon lama seperti Farahdiya dan Azizah Mahzan.

Azizah, yang sebelum ini tidak pasti akan berlakon lagi untuk musim baru, akhirnya kelihatan di sidang akhbar. Azizah akan mengekalkan wataknya sebagai Marlia, sahabat Qistina.

Penulis skrip drama ini adalah Rina Khan sementara pengarah untuk musim ini ialah Zul Arshad.
-MSTAR-


sales@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Nanu Baharuddin menjadi Qistina SpaQ | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top