728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

05 October 2009

Glaukoma boleh menyebabkan buta | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Gaukoma boleh menyebabkan buta | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
ANTARA masalah mata yang kerap berlaku kepada individu berumur ialah glaukoma.

Glaukoma ialah penyakit mata yang menyebabkan

tekanan mata meningkat dengan tinggi dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata.

Glaukoma yang tidak dirawat akan menyebabkan kebutaan. Glaukoma dibahagi kepada dua jenis, iaitu glaukoma akut dan kronik.

Glaukoma akut

Menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan boleh membawa kepada kehilangan penglihatan. Untuk mengelak masalah ini, glaukoma perlu dirawat dengan segera sebaik sahaja dikesan.

Glaukoma kronik

l Berbeza dengan glaukoma akut, jenis ini tidak menyebabkan rasa sakit, tetapi boleh menyebabkan kebutaan secara perlahan-lahan. Biasanya glaukoma kronik berlaku kepada golongan berumur 50 tahun ke atas.

Sebagai contoh, seorang pesakit akan mengalami kekaburan mata secara perlahan-lahan dan sering menukar cermin mata membaca, tetapi masih tidak dapat melihat dengan jelas.

Pemeriksaan mata akan menunjukkan tekanan matanya tinggi dan medan penglihatannya terganggu.

Ini disebabkan tekanan mata tinggi yang merosakkan sebahagian saraf optik.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Gejala

Gejala yang dialami pesakit glaukoma akut ialah kemerahan pada mata. Glaukoma akut senang dikesan kerana rasa sakit yang amat sangat, selain mata menjadi merah.

Masalah glaukoma kronik pula selalunya berlaku tanpa dikesan kerana ia tiada tanda yang jelas.

Kadang kala, penglihatan pesakit menjadi kabur. Pesakit selalunya akan kerap menukar cermin mata untuk membaca, tetapi masih berasa tidak selesa.

Seorang pesakit glaukoma juga mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat dan muntah.

Mata pesakit turut menjadi merah dan sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Bagaimanapun, pesakit boleh melihat dengan baik selepas mendapatkan rawatan.

Buta

Tekanan mata yang tinggi akan memberikan tekanan pada saraf optik di dalam mata. Ini mengakibatkan gangguan kepada peredaran darah ke saraf optik.

Saraf optik penting untuk menyampaikan cahaya yang diserap mata ke otak untuk membolehkan manusia melihat.

Oleh itu, jika saraf mata rosak, pesakit glaukoma akan menjadi buta.

Lazimnya glaukoma mudah dihidapi golongan berumur lebih 45 tahun. Bagaimanapun, glaukoma juga boleh berlaku di kalangan golongan muda, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit glaukoma.

Glaukoma juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak, termasuk bayi yang baru lahir.

Namun, penyakit ini biasanya berlaku selepas kanak-kanak berkenaan berumur beberapa

sales@rahsiaperkahwinan.com
Faktor

Faktor keturunan sememangnya berkait rapat dan mempengaruhi kebarangkalian seseorang itu menghidap glaukoma.

Jika ada ahli keluarga anda pernah menghidap glaukoma jenis kronik, ahli keluarga lain juga harus disaring lebih awal.

Gejala glaukoma di kalangan bayi baru lahir dapat dilihat dengan kewujudan lapisan kornea atau mata hitam yang tidak jernih seperti mata bayi biasa.

Saiz mata juga mungkin membesar kerana tekanan mata meningkat di dalam mata.

Kanak-kanak berumur beberapa tahun pula mungkin mengalami gejala silau dan kadang kala membenamkan muka ke bantal untuk mengelak mata terkena cahaya.

Perlu difahami bahawa glaukoma masih boleh dirawat dengan pelbagai jenis ubat titis yang mudah digunakan dan mempunyai kesan sampingan minimum.

Jika tekanan mata tidak dapat dipulihkan dengan ubat titis, pembedahan harus dilakukan.

-UTUSAN MALAYSIA-


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Glaukoma boleh menyebabkan buta | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top