728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

27 July 2007

Alahan CMPA jejas kesihatan anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA

Oleh Halina Mohd Noor

Pemberian susu ibu cegah, lewatkan masalah lazim dialami bayi apabila diberi susu lembu
IBU dan bakal ibu digalakkan menyusukan bayi dengan susu badan kerana ia adalah pilihan terbaik untuk bayi terutama yang mengalami masalah alahan protein susu lembu (CMPA).

Penyusuan dengan susu badan secara eksklusif pada usia empat hingga enam bulan pertama usia kehidupan bayi, didapati mampu mencegah bayi daripada mengalami sebarang alahan terhadap susu atau sekurang-kurangnya menunda masalah berkenaan daripada berlaku lebih awal.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Noor Aini Mohd Yusoff, berkata berbanding susu lembu, kandungan susu ibu yang kurang protein secara tidak langsung membantu mengurangkan alahan kepada bayi.

“Penyusuan susu badan secara eksklusif perlu dipertimbangkan terutama bayi yang mengalami CMPA. Ia memanjangkan tempoh bebas alahan berbanding bayi yang disusukan dalam tempoh singkat,” katanya ketika ditemui pada forum awam bertajuk Sama Dari Segi Prestasi – Pilihan untuk Kanak-kanak yang Mengalami CMPA, di ibu kota, baru-baru ini.

Forum disokong Abbott Nutrition itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai CMPA yang mengancam nyawa. Turut hadir menyampaikan ceramah, Perunding Kanak-Kanak, Dr Chin Wai Seong.

Bagaimanapun, Dr Noor Aini berkata, ibu yang memilih untuk menyusukan bayi yang mengalami CMPA dinasihatkan berhati-hati dengan diet. Begitu juga dengan bakal ibu yang pernah mempunyai sejarah diri dan keluarga yang mengalami alahan sama, perlu mengelakkan makanan cenderung menyebabkan alahan terutama apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga (tujuh hingga sembilan bulan).

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
sales@rahsiaperkahwinan.com

“Sekiranya ibu makan makanan yang lazimnya menyebabkan alahan, makanan itu memasuki susu ibu dan menyebabkan timbul reaksi alahan kepada bayi. Justeru, ibu perlu mengelakkan makanan yang kerap kali menimbulkan alahan seperti ketam, telur, ikan (kod, kembung, sardin, tongkol), susu dan kacang,” katanya.

CMPA adalah antara alahan yang paling kerap ditemui di kalangan bayi dan kanak-kanak. Masalah itu berlaku sebaik saja bayi diberi susu lembu dan menghadapi reaksi alahan terhadap protein susu lembu.

Sebanyak 7.5 peratus bayi dan kanak-kanak alah kepada protein susu lembu. Bagaimanapun, 80 peratus akan bebas daripada alahan berkenaan apabila usia mencecah tiga tahun, manakala selebihnya mungkin kekal dengan alahan sepanjang hidup.

CMPA boleh berlaku jika ada di kalangan ahli keluarga yang pernah menghidapinya. Sekiranya kedua ibu bapa mempunyai alahan, bayi terdedah kepada 40 hingga 60 peratus risiko. Risiko lebih tinggi dialami iaitu antara 50 hingga 80 peratus jika kedua ibu bapa menunjukkan manifestasi yang sama.

Bagaimanapun, risiko masih tinggi iaitu 20 hingga 40 peratus seandainya hanya seorang ibu bapa mempunyai alahan. Risiko menurun kepada 5 hingga 15 peratus jika kedua ibu bapa bebas daripada sebarang alahan.

Bayi dan kanak-kanak memerlukan pelbagai khasiat pemakanan seperti protein dan kalsium untuk membesar dengan sihat. Kebanyakan khasiat itu diperoleh dalam susu terutama protein dan kalsium. Justeru, ibu perlu memastikan bayi mendapat semua khasiat ini.

sales@rahsiaperkahwinan.com

“Seandainya ibu tidak dapat menyusukan bayi, pilihan terbaik adalah dengan memberikan susu formula berasaskan soya. Ia sesuai untuk bayi dan kanak-kanak CMPA, intoleransi laktosa, diet sayuran atau mengalami cirit-birit disebabkan bakteria atau jangkitan virus,” katanya.

Kajian AAPCON pada Januari 1998, mendapati protein soya berasaskan formula juga selamat dan alternatif berkesan dalam menyediakan khasiat pemakanan untuk tumbesaran normal.

Ada tiga jenis protein yang boleh dijadikan pilihan bagi menggantikan susu lembu iaitu susu rumusan soya, terhidrolisis dan protein berasaskan elemen asid amino.

“Soya dimaksudkan bukan air kacang soya biasa atau susu soya organik kerana khasiat pemakanannya yang tidak lengkap untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Dr Chin, berkata CMPA adalah alahan makanan yang kerap dialami kanak-kanak. Kebanyakannya menunjukkan tanda dalam bulan pertama kehidupannya. Ada dua kategori gejala iaitu membabitkan sistem penghadaman dan paling kerap boleh dilihat pada kulit dan salur pernafasan. (sila lihat info)

“Gejala awal boleh dilihat secara tiba-tiba dalam tempoh 45 minit sebaik dihadam. Alahan peringkat pertengahan boleh dilihat 45 minit sehingga 20 jam dan akhir sekali, selepas 24 jam. Amat penting bagi ibu bapa mengenal pasti CMPA kerana ia tiada penawar dan mengganggu kualiti hidup.

“Kegagalan mengenal pasti gejala menyebabkan anak mengalami kurang berat badan dan gangguan kesihatan yang boleh mengancam nyawa seperti kemerosotan tiba-tiba tekanan darah, kegagalan sistem peredaran yang membawa kepada masalah anaphylaxis yang memberi kesan kepada seluruh tubuh seperti jantung, paru-paru dan salur darah,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Chin mengingatkan CMPA berbeza daripada intoleransi laktosa kerana berbanding CMPA, intoleransi laktosa berpunca daripada ketidakupayaan tubuh memecahkan gula dalam susu akibat kekurangan enzim diperlukan. Ia juga jarang berlaku ke atas bayi berbanding CMPA dan tidak mengancam nyawa.

“CMPA perlu dikawal bagi mengelakkan pelbagai masalah atopik lain seperti ekzema, alahan makanan, asma dan rhinitis. Pastikan bayi tidak diberikan susu lembu dan makanan yang mengandunginya.

“Apabila gejala hilang, ibu bapa boleh mula memperkenalkan susu lembu dan pastikan gejala tidak kelihatan. Biasanya 80 peratus CMPA hilang apabila bayi mencecah usia tiga tahun ke atas,” katanya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

INFO:

>Gejala CMPA-sistem penghadaman:
# Kolik (menangis berpanjangan).
# Muntah.
# Cirit birit 5 hingga 8 jam selepas menyusu.
# Darah pada najis.
# Gastroenteritis (radang dalam perut dan usus kecil).
# Proctocolitis (radang kolon dan rektum).
# Sembelit.

>Gejala CMPA-Kulit (paling kerap ditemui pada bayi):
# Ruam.
# Ekzema, atopik dermatitis.
# Gatal kulit.

>Gejala CMPA-Salur Pernafasan:
# Alahan rhinitis – bersin.
# Asma-batuk kronik dan bunyi nafas berdesir.

>Definisi CMPA:
Sejenis alahan makanan iaitu sistem ketahanan badan tersilap mengenal pasti protein susu lembu sebagai bahan yang berpotensi mencederakan tubuh. Oleh itu, sistem ketahanan tubuh merangsang reaksi alahan yang boleh dilihat pada kulit, salur pernafasan dan sistem penghadaman.

> Insiden CMPA:
# 3 peratus daripada populasi, tetapi 6 peratus dialami kanak-kanak bawah tiga tahun.
# Insiden alahan makanan di kalangan bayi menyusu badan secara eksklusif adalah rendah iaitu 0.5 peratus
Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Alahan CMPA jejas kesihatan anak | children's, kids, education and school , child, baby, parent MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top