728x90 AdSpace

Rahsiaperkahwinan.com dimiliki penuh oleh RP Network dan ianya ditubuhkan sejak tahun 2005

Latest News

02 September 2009

Wanita Anggap Seks Itu Penting | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA

Wanita Anggap Seks Itu Penting | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA
Sebuah soal selidik berjudul Global Better Sex Survey yang telah dijalankan oleh Pfizer mendapati bahawa 85% wanita di dunia ini berpendapat seks adalah satu aspek kehidupan yang penting. Kajian global ini juga mendapati bahawa 50% wanita tidak mencapai kepuasan seks sepenuhnya.

Dr.Rosie, Pakar Terapi Seksual dan Kaunselor Perhubungan berpendapat bahawa masalah ketidakpuasan seksual wanita jarang mendapat perhatian berbanding lelaki. Beliau berkata: "Ketidakpuasan seksual wanita adalah satu misteri kerana ia merujuk kepada pelbagai masalah seksual di kalangan wanita. Ketidakpuasan seksual yang paling biasa adalah ketiadaan libido."

sales@rahsiaperkahwinan.com

Apakah libido? Libido adalah tenaga atau daya fizik (badani) dan emosi yang berkait dengan fitrah dorongan yang bersifat badani.

Secara peribadi, saya anggap soalselidik dan pendapat Dr.Rosie itu adalah bahan yang elok direnungkan. Saya berpendapat sebenarnya majoriti lelaki dan wanita secara fitrah menganggap seks adalah aspek kehidupan yang penting. Ia adalah sesuatu yang sukar dinafikan selama mana lelaki bernama lelaki dan wanita bernama wanita, dilahirkan dengan jantina yang berbeza dan dengan fitrah untuk bekahwin dan berketurunan.

Namun ada perkara yang lebih penting dari semata-mata melakukan hubungan seks dan mahu puas, dan ada yang lebih bermakna dari semata-mata menganggap kepuasan seks boleh dicapai jika libido seks adalah tinggi. Kalau sekadar itu saja, kita bimbang ramai akan anggap hubungan seks itu tidak lebih dari perlakuan yang bersifat haiwani, dan dari itu lupa tentang hakikat bahawa seks merupakan satu tanggungjawab, bukan sekadar rekreasi atau hiburan atau keseronokan.

Rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri dan kesetiaan serta rasa hormat antara sesama mereka adalah rempah-ratus yang lebih penting. Seks yang benar-benar memuaskan adalah seks yang berlaku di sekitar pasangan yang sah, iaitu antara suami dan isteri.

Apakah itu kepuasan? Ia bukan terletak pada klimaks yang banyak kali, atau hubungan seks yang berlaku berjam-jam. Ia terletak pada jiwa yang tenang dan hati yang bahagia. Kepuasan bukan berakhir seminit-dua. Itu keseronokan, bukan kepuasan. Kepuasan sebenar adalah rasa tenang dan bahagia yang berterusan dalam rumahtangga, dipupuk dan dibaja dengan hubungan mesra dan intim, serta saling hormat dan mementingkan antara satu sama lain.


sales@rahsiaperkahwinan.com

Kerana itulah kita akan dapati bahawa sesebuah rumahtangga yang bahagia akan menikmati hubungan seks yang memuaskan, walaupun mungkin prestasi seks si suami dan si isteri tidaklah sehebat mana. Seks bukan bersifat fizikal semata-mata, ia lebih dari itu, tetapi ramai orang tersalah anggap ianya amat fizikal, lalu cuba mengubati atau menambah-baiki ciri-ciri fizikal (seperti membesarkan zakar atau buah dada) tetapi masih tidak merasa puas dan masih tidak merasa bahagia.

-megasutra-

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. Anonymous1:55 PM

    betul tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Sye nk tnye 1 soalan adakah hubungan itu penting dalam rumah tngga

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:49 PM

    Betul..3 saya sokong.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Wanita Anggap Seks Itu Penting | WOMAN, sexy, beautiful, matured, health Wanita MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top