728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

07 September 2009

Tips Untuk Hilang Rasa Penat | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

>Tips Untuk Hilang Rasa Penat | Petua hilangkan Rasa Penat | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA
Setiap hari hujung minggu kita akan melakukan banyak aktiviti. Kemas rumah, basuh kereta, pergi shopping lagi, memasak dan sebagainya. Ini adalah amat memenatkan kita semua.

Bila mula hari isnin, badan kita akan berasa amat lesu letih disebabkan akan workload yang telah kita lakukan pada hari sabtu dan ahad lepas.

Bercakap tentang penat, letih, lesu dan masalah tidak bertenaga ni. Terdapat pelbagai cara yang dapat dikongsikan dengan anda, tips cara mengatasinya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Antara yang boleh diamalkan ialah ;
1. Minum air limau nipis / jus oren.

Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.

Dalam peti ais rumah saya di kampung, pasti ada stok buah limau. Sebab apabila selesai bekerja (bertani), abah saya pasti akan makan sekurang2nya sebiji limau. Apabila saya tanya kenapa abah suka makan limau lepas balik dari kebun, abah saya kata, makan limau dapat menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.

Maka sejak dari hari itu, dalam peti ais rumah saya di KL ni pun, pasti ada stok buah limau. Apabila balik dari ofis, masuk saja ke dalam rumah, perkara pertama saya buat ialah, buka peti ais, ambil sebiji limau…dan ngap ngap ngap. Lepas pekena sebiji limau,

2. Mandi dengan air panas

Cara kedua yang saya amalkan dalam mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Ramai orang lebih suka mandi air sejuk untuk menyegarkan badan. Tapi cara saya terbalik pula. Saya punya style, saya akan mandi air panas.

Saya tak tau yang mana satu lebih berkesan. Tapi saya masih ingat lagi masa saya belajar di Jepun. Kawan-kawan jepun saya selalu cakap, antara cara diorang mengurangkan lesu dan penat badan, diorang akan berendam dalam ‘ofuro’ (air panas) atau ‘bathtub’.

Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena. Itulah amalan orang2 Jepun.

Dan saya pun, hingga sekarang memang sangat suka mandi dengan air panas ni. Sampai isteri saya pun naik pelik, kenapa la saya suka sangat mandi air panas. Pagi petang siang malam saya akan mandi dengan air panas, sedangkan dia pulak, tak suka langsung mandi air panas. Mandi pagi pun isteri saya akan mandi dengan air sejuk. Saya tak tahu kenapa dia tak suka benar dengan air panas ni.

Tapi tu lah. Seperti yang saya katakan, mandi air panas memang boleh meredakan ketegangan, sekaligus mengurangkan rasa letih. Dan membuatkan anda dapat tidur lebih lena.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Isteri saya selalu pelik dengan saya, kenapa la saya ni mudah sangat untuk tidur. Letak jer kelapa atas bantal, tak sampai seminit pun dah boleh terlelap. Malah, tidur saya pun nampak sungguh lena, kata isteri saya.

Saya jawab mudah saja. Kalau nak tau, rahsia mudah tidur dan supaya tidur lebih lena ialah, mandi malam mesti mandi dengan air panas. InsyaAllah, kalau anda amalkan ini, anda pasti akan mudah untuk tidur, dan tidur anda pun jadi lena. Badan pun, semestinya jadi lebih segar dan tidak berasa penat sangat.

Tak percaya? Cubalah….

Saya rasa cukuplah 2 tips ini yang dapat saya kongsikan. Mungkin anda semua, para pembaca blog pakar yang budiman, kalau ada tips2 lain lagi yang boleh dikongsikan, tulislah di ruangan komen dibawah tu yer. Semoga kita sama-sama dapat input tambahan dan beramal dengan apa yang kita tahu.

-pakarhowto-

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

sales@rahsiaperkahwinan.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tips Untuk Hilang Rasa Penat | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top