DO NOT MISS

01 September 2009

Suami jauh diri apabila ditegur nafasnya berbau | Question and ask all about marriage, life, money


SAYA ada masalah berkenaan suami saya. Sebelum berkahwin, kami saling mengenali kira-kira enam tahun. Masalah saya ialah suami ada masalah nafas berbau.

Saya cuba memberitahu dia mengenai masalah ini sejak sebelum kami berkahwin lagi, tapi tak tahu caranya. Baru-baru ini saya menegurnya secara baik kerana takut orang lain juga rasa apa yang saya rasa.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Ini kerana dalam pekerjaan suami saya, dia sentiasa berjumpa orang ramai dan orang bawahannya. Malangnya, selepas saya beritahu mengenai nafasnya yang berbau, suami terus hilang keyakinan diri dan rasa rendah diri.

Bahkan dengan saya pun dia mahu menjauhkan diri. Bagaimana untuk saya mengembalikan keyakinan diri suami? Adakah salah tindakan saya memberitahu suami mengenai masalahnya?

ISTERI SERBA SALAH

Puan melakukan tindakan betul apabila menegur suami mengenai masalahnya kerana ia dilakukan untuk kebaikan suami dan melindungi aibnya.

Ini pendapat Dang Setia kerana jika bukan isteri memaklumkan perkara itu, siapa lagi patut melakukannya. Daripada orang lain menegur kelemahannya, lebih baik puan berbuat demikian.

Jadi puan tidak perlu rasa bersalah atau menyesal. Cuma masalahnya sekarang suami puan tidak dapat menerima teguran itu secara positif. Justeru, persoalannya sekarang ialah bagaimana puan mahu memperbetulkan semula hubungan yang kini terjejas.

Bagi Dang Setia, perkara asasnya di sini ialah komunikasi. Mungkin ketika membuat teguran sebelum ini cara puan kurang tepat atau mungkin juga masa tidak kena.

Maksudnya, biarpun apa yang puan cakap itu betul, masalah tetap timbul disebabkan cara teguran dan masa yang tak betul.

Justeru, ambil iktibar daripada kesilapan yang mungkin puan lakukan. Jangan lari daripada masalah, sebaliknya hadapilah ia dengan tenang dan pendekatan betul.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Yang perlu puan lakukan ialah kenal pasti kaedah komunikasi paling sesuai dan berkesan serta masa yang sesuai, maksudnya jangan ketika dia masih kepenatan sejurus pulang dari pejabat atau dalam keadaan sibuk melakukan sesuatu.

Mungkin kali ini cara terbaik ialah meminta maaf terlebih dulu daripada suami. Katakan dengan lembut dengan berhemah kepadanya bahawa puan langsung tidak berniat menyinggung perasaannya.

Sebaliknya, apa yang puan lakukan ialah tanggungjawab isteri kepada suami. Perlu difahami, dalam Islam seorang isteri wajib menutup aib suaminya. Jadi, itu yang puan lakukan kerana tidak mahu suami dimalukan orang lain.

Seterusnya, cadangkan suami mendapat khidmat pakar perubatan kerana setahu Dang Setia nafas berbau adalah satu daripada masalah penyakit mulut dan memang ada kaedah perubatan untuk merawat dan mengatasinya.

Dang Setia percaya ada ruang luas untuk mengatasi masalah puan dan suami. Dengan kaedah komunikasi yang betul dan masa yang sesuai, insya-Allah suami akan memaafkan puan serta memahami niat murni puan untuk membantunya.

DANG SETIA
-myMETRO-

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]


Post a Comment

 
Copyright © 2014 RP. Designed by OddThemes