
Jika sebelum ini, Sharifah Norazean atau Scha lebih suka tidak dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fahrin, namun gadis ini tidak lagi menyembunyikan kisah cinta mereka yang kini terjalin hampir 10 bulan lalu. Namun, Scha menafikan mereka akan berkahwin dalam masa yang terdekat.
"Kami serius dalam hubungan ini namun masih belum terfikir lagi soal kahwin dan tak ada pun keluarga Fahrin datang merisik seperti khabar yang didengar sebelum ini. Tapi Scha akui memang kami sudah berjumpa keluarga masing-masing dan pernah membincangkan soal ini bersama.
Video Scha dan Fahrin Ahmad 'bercinta'
dalam cerita Lemas Dalam Cinta
dalam cerita Lemas Dalam Cinta

"Kalau boleh Scha nak cari harta dulu untuk senangkan family dan selepas itu baru fikir soal kahwin. Secara jujurnya, Scha tak bersedia lagi dari segi mental dan financial untuk berumahtangga," akui Scha yang manis berkebaya.
Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad semasaraya tahun lepas di MajlisRumah Terbuka Aidilfitri
The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)
Scha kini lebih telus berbicara soal cinta dan memberikan dirinya target untuk berkahwin dalam masa dua tahun lagi. Namun gadis berusia 26 tahun ini mengakui banyak cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang menjalinkan hubungan bersama aktor kacak itu.
"Sebagai seorang wanita, sudah tentu wujud perasaan cemburu melihat Fahrin begitu digilai peminat wanita. Dan pernah juga sewaktu kami keluar bersama, datang peminat menyerbu Fahrin dan memeluknya untuk bergambar. Kami tak dapat elak semua itu tapi Scha percayakannya. Itu yang penting," katanya yang akan menjalankan penggambaran Awan Dania untuk musim kedua.
Lagi Video Scha dan Fahrin Ahmad 'bercinta'
dalam cerita Lemas Dalam Cinta
dalam cerita Lemas Dalam Cinta

Rezeki Scha kini semakin murah apabila ditawarkan menjadi duta produk Silky Shine dan Bio-Essence. Scha juga khabarnya akan digandingkan bersama Fahrin sebagai pasangan pengacara dalam Sehati Berdansa untuk musim ketiga.
iklan celcom - Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad
-manggaonline--videoKL-
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]












0 comments