728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 September 2009

35 tahun tak tidur | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA

35 tahun tak tidur | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA
Sejak kisah hidupnya yang bebas daripada tidur dipaparkan media, Thai Ngoc mula menjadi perhatian antarabangsa.

Kediamannya di Que Trung di daerah Nong Son, Quang Nam, didatangi wartawan untuk melihat sendiri sama ada benarkah dia tidak tidur sejak 35 tahun lalu.

Bermulalah penggambaran hidup seharian Ngoc selama 24 jam sehari di depan lensa kamera.

Terbukti, ketika malam Ngoc meneruskan kerja-kerja ladangnya dengan bantuan cahaya lampu minyak tanah.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Dia membanting tulang menuai padi, mencangkul tanah atau menanam soya, tomato atau tanaman lain.

Jika kerja berladang selesai, malam Ngoc diisi dengan aktiviti membuat bakul atau kegunaan rumah lain.

Disebabkan penyakitnya itu, produktiviti Ngoc meningkat dua kali ganda berbanding manusia normal.

Turut mengejutkan, tanpa bergantung kepada makanan kesihatan tambahan, dia amat jarang ditimpa penyakit.

Sesiapa yang ingin mengawasinya sepanjang masa ternyata terpaksa melawan rasa mengantuk ketika Ngoc sendiri tidak mengalami sebarang desakan untuk melelapkan mata.

sales@rahsiaperkahwinan.com

"Sejak 1975, saya tidak pernah tidur dan tak terlintas di fikiran bahawa masalah ini akan mengganggu kesihatan," katanya.

Menurut Ngoc, tiada beza sama ada masuk tidur atau tidak kerana dia masih dapat bekerja siang atau malam.

Sekumpulan wartawan yang ditugaskan merakam kehidupan harian Ngoc terbukti tidak cukup kuat mengikut cara kerjanya.

Dengan imbuhan yang sedikit sebagai upah, Ngoc menggunakan wang itu untuk melabur di ladangnya.

Walaupun dipelawa saintis luar untuk menjalani ujian, Ngoc berpendapat ia tidak perlu.

"Lainlah jika saya sakit dan gagal disembuhkan kerana tak tidur," katanya.

Sebaliknya, kata Ngoc, dia bersyukur kerana tidak mengalami rasa mengantuk sejak lebih tiga dekad lalu.

"Saya bekerja sehingga penat dan hasilnya, hutan seluas lapan hektar kini bertukar menjadi ladang yang membawa hasil," katanya

Di tanah seluas itu, Ngoc membahagikannya mengikut kategori tanaman.

Sebahagian daripadanya ditanam pokok akasia yang boleh dijadikan bahan membuat kertas, selain pokok kayu untuk dibuat perabot.

Kerja Ngoc juga menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar kerana ada antara pokok yang dijaganya kini diancam kepupusan.

Sesekali, kata Ngoc, dia berasa sedih dan bosan apabila tiada lagi kerja yang boleh dibuat sebelum siang menjelma.

Justeru, katanya, dia sekadar berbaring sambil menghisap rokok atau menikmati teh sementara menunggu matahari terbit.

Tidak jauh dari rumahnya, tinggal sepasang suami isteri berusia 80-an.

Sejak lebih 30 tahun lalu, Ngoc sering meluangkan masa melawat mereka sambil membantu melakukan apa yang perlu di situ.

Tidak cukup dengan itu, disebabkan dia tidak mengantuk, Ngoc turut mencurahkan keringatnya ke kebun pasangan terbabit.

"Sekurang-kurangnya, saya dapat mengawal ladang itu daripada dicerobohi babi liar," katanya. - Agensi

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 35 tahun tak tidur | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top