Breaking News

Keburukan malas basuh tangan | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA

Keburukan malas basuh tangan | Kesihatan | Jaga Kesihatan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Info Sihat | Laman Kesihatan | MyHEALTH Portal | Utusan Malaysia Online - Kesihatan | Info Kesihatan Keluarga | Ministry of Health | Pautan Perubatan&Kesihatan | Kesihatan Sepanjang Hayat | Health care, kesihatan, disease, medicine, MALAYSIA
"MASYARAKAT di negara ini masih ramai yang menganggap amalan membasuh tangan itu tidak penting dalam kehidupan seharian mereka.

"Ia terbukti daripada kajian baru-baru ini yang menunjukkan kebanyakan daripada kita membasuh tangan dengan cepat iaitu sekitar lima saat saja berbanding 20 saat masa yang sebaiknya.

"Amalan itu perlu segera diubah memandangkan gejala virus pandemik, HINI kini kian meningkat dan semua pihak perlu sentiasa berwaspada mengenai tahap kebersihan mereka," kata Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher KC Lee.

Menurut Dr Christopher, penularan wabak selesema berkenaan menyedarkan masyarakat global mengenai aspek kebersihan yang selama ini dipinggirkan.

Katanya, negara luar seperti Hong Kong sudah pun menjalankan kempen basuh tangan selama 20 saat dan masyarakat di negara ini perlu mengikut amalan berkenaan.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Kajian Kebersihan Global Dettol 2009 yang dilakukan Majlis Kebersihan Global (GHC) terhadap responden dari 10 negara termasuk Malaysia baru-baru ini, mendapati bahawa hanya 21 peratus daripada 1,626 rakyat negara ini menyedari kepentingan amalan membasuh tangan mampu menjauhi seseorang daripada jangkitan penyakit seperti selesema.

"Daripada kajian itu juga, kami mendapati hanya 15 peratus daripada responden yang dikaji melakukan amalan membasuh tangan selama 20 saat selepas menggunakan tandas.

"Selain itu, masih ramai antara kita yang tidak membasuh tangan dengan betul iaitu hanya menggunakan air. Seeloknya, tangan hendaklah dibasuh bersama sabun antibakteria atau sanitizer yang mampu menghalang penyebaran bakteria.

"Perlu diakui masih ramai yang mengambil mudah aspek kebersihan tangan sedangkan realitinya, ia adalah antara cara mudah dan terbaik untuk melindungi diri sendiri serta keluarga," katanya.

Pada masa sama, Dr Christopher turut mengingatkan masyarakat terutama ibu bapa supaya sentiasa menjaga kebersihan di kawasan rumah bagi menjamin kesejahteraan keluarga mereka.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

Kawasan yang perlu diberi keutamaan adalah dapur kerana ia tempat di mana keluarga menikmati makanan setiap hari.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa GHC berkata, selain dapur, peralatan dan barangan rumah seperti pili paip, pemegang mangkuk tandas, alat kawalan jauh (televisyen), ganggang telefon serta kain pengelap juga perlu sentiasa dibersihkan bagi mengelak bakteria merebak.

"Kain pengelap di dapur tidak seharusnya digunakan di kawasan lain di dalam rumah. Ia perlu dibersihkan sekerap mungkin kerana permukaan kawasan dapur biasanya mempunyai sejenis bakteria merbahaya, E Coli.

"Selain itu, peralatan rumah seperti alat kawalan jauh untuk televisyen dan pili dapur juga perlu sentiasa dibersihkan kerana ia mengandungi bakteria berbahaya Staphylococcus aureus.

"Justeru, masyarakat perlu lebih peka mengenai aspek kebersihan keluarga mereka kerana ia boleh mengurangkan kadar risiko pelbagai penyakit terutama selesema berkenaan," katanya.

Keperluan membasuh tangan:

# Sebelum makan atau menyentuh makanan, contohnya ketika membantu memasak atau menyediakan makanan.

# Selepas menggunakan bilik air atau tandas.

# Selepas menggunakan tisu untuk mengelap hidung.

# Selepas menyentuh haiwan.

# Selepas bermain di kawasan luar rumah.

# Selepas melawat orang sakit.

# Selepas balik dari sekolah. Jangan terus menyentuh ahli keluarga atau makanan tanpa membasuh tangan.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

# Info amalan membasuh tangan:

# Untuk mengetahui selama mana basuhan tangan itu berkesan, nyanyikan lagu selamat hari jadi untuk diri sendiri (selama 20 saat secara perlahan-lahan) ketika membasuh tangan, ia mencukupi untuk memastikan tangan bersih sepenuhnya.

# Basuh kedua-dua tangan, pergelangan tangan dan celah antara jari, sebaik-baiknya menggunakan air suam.

# Jangan lupa membasuh dengan membersihkan kuku kerana ia lokasi kuman bersembunyi.

# Saintis menganggarkan 80 peratus jangkitan penyakit merebak melalui tangan. Justeru, untuk mengurangkan risiko jangkitan, amalkan tabiat membasuh tangan sebaiknya.

# Membasuh tangan mengurangkan risiko jangkitan pernafasan sebanyak 16 peratus di negara membangun.

# Berdasarkan kajian, membasuh tangan dengan betul boleh mengurangkan risiko mendapat cirit-birit akibat serangan virus pada usus (stomach bug) sebanyak 47 peratus.

# Membasuh tangan juga mengurangkan risiko penyakit ciri-birit sebanyak 43 peratus.

-harian metro-

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments