728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

17 August 2009

Maiza tak jangka Akhil-Waheeda bernikah secepat ini | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

SUKAR untuk menelah apa yang sedang bermain di fikiran semua apabila mendapat tahu penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy kini sudah sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Waheeda.

Bagi sesetengah pihak, berita perkahwinan mereka ini sekaligus mungkin telah menjawab segala persoalan yang bertamu dalam diri masing-masing.

Tidak kurang juga mungkin yang rasa 'tertipu' apabila mendengar berita ini lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya pernah menafikan cerita mereka sedang bercinta dan mendakwa hubungan mereka sekadar teman biasa.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Namun, ketepikan seketika isu itu kerana baik Akhil mahupun Waheeda mungkin mempunyai alasan tertentu 'merahsiakan' tentang hubungan mereka.

Apapun, cuba menyelami hati bekas isteri Akhil, Maizawati Zainal, yang bercerai dengn penyanyi itu pada 15 Julai lalu, dia sendiri akui memang sudah lama mengetahui tentang hubungan cinta antara bekas suaminya dan penyanyi lagu-lagu ‘World Music’ itu.


Bahkan, Maiza pernah memberitahu yang Akhil pernah meminta izin darinya untuk menikahi Waheeda pada Februari lalu. Namun, selepas itu Akhil dilaporkan terus senyap dan meninggalkan rumah tanpa ada khabarberita untuk berkahwin dengan sang kekasih.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

Ditanya kepada Maiza mengenai perkahwinan Akhil dan Waheeda pada hari ini, dalam wajah yang tenang Maiza menjawab dia positif dengan apa yang berlaku.

“Apa pun, saya dah tahu mereka memang mempunyai hubungan sebelum ini dan masyarakat boleh menilai dari awal cerita sehingga hari ini iaitu bermula dari gosip sehingga ke jinjang pelamin.

“Saya tak mahu memberikan komen lanjut tentang hal ini cuma yang saya boleh katakan apa yang digembar-gemburkan selama ini adalah benar,” jawab Maiza ketika melakukan sesi fotografi di Menara Star, semalam.


Biar apa pun orang kata, semuanya sudah berlalu dan Maiza sendiri tidak mahu berpaling ke belakang lagi.

Pedih bagaimanapun perasaan yang dirasai sekarang, tidak perlulah dihebahkan kepada semua namun tekadnya lebih untuk menguatkan semangat untuk menghadapi hari muka.

“Saya tak jangka mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini. Apa-apapun saya berserah dan berbalik kepada Allah.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

“Yang baik itu selalu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sendiri..,” luahnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Sekarang, Maiza berkata dia hanya berserah kepada Tuhan untuk menemukan jodohnya dengan sesiapa sahaja.

Dalam perkembangan yang lain, Maiza juga sedang sibuk melakukan perniagaan terbarunya iaitu menjual tudung, jubah abaya dan kek yang semuanya dipasarkan menggunakan nama ‘Myza’.

Ibu kepada enam orang anak ini juga masih lagi mengusahakan perniagaan yang diasaskan olehnya sejak 3 tahun lalu yang menjual barang-barang seperti telekung, sejadah, tudung Myza, songkok dan al-Quran.

-mstar-

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Anonymous9:20 AM

    menyampah!!!meluat!!!membina kebahagian diatas air mata orang lain...waheeda n akhil tue patut minta maap kat akak maizawati.buat akak maiza,sabar jelah.kalu akhil leh wat gitu dgn akak,satu ari tak mustahil dia akan wat lagi...

    ReplyDelete

Item Reviewed: Maiza tak jangka Akhil-Waheeda bernikah secepat ini | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top