728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 August 2009

Mohd. Hairi Safwan Aznan@Hairi juara Anak Wayang | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Hairi juara Anak Wayang | Mohd. Hairi Safwan Aznan juara Anak Wayang |PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of CelebritiesPUTRAJAYA 31 Julai - Lakonan mantap dan meyakinkan yang dipersembahkan oleh pelajar berusia 21 tahun, Mohd. Hairi Safwan Aznan atau Hairi pada pertandingan akhir Anak Wayang yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini melayakkannya bergelar juara.

Hairi menewaskan saingannya, Hafiz Halim, juga seorang pelajar berusia 21 tahun dengan jumlah undian sebanyak 58 peratus.

Pertandingan itu diadili sepenuhnya menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton.

Hairi juara Anak Wayang | Mohd. Hairi Safwan Aznan juara Anak Wayang |PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
Dengan kemenangan itu, Hairi menerima hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, wang tunai RM10,000 dan tawaran berlakon dalam drama bersiri 68 episod, Senja Permai di Astro Prima (saluran 105 Astro).

Hairi turut menerima dua tiket penerbangan ke Los Angeles, kamera Canon model FS21, rawatan kecantikan di Aster Spring selama setahun dan trofi.

Hafiz yang menduduki tempat kedua bagaimanapun, tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima wang tunai RM5,000, TV LCD 42 inci, kamera Canon model DC420 serta trofi.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Persembahan kedua-dua peserta menerima pelbagai komen positif dan negatif daripada juri tetap rancangan itu iaitu pengarah, Rashid Sibir dan pelakon, Nasha Aziz sementara juri undangan ialah Erra Fazira.

Pertandingan yang julung kali diadakan itu berjaya menarik lebih 4,000 peserta menghadiri peringkat uji bakat bagaimanapun, hanya 25 peserta berjaya tersenarai sebagai peserta utama rancangan realiti berkonsepkan lakonan itu.

Hairi juara Anak Wayang | Mohd. Hairi Safwan Aznan juara Anak Wayang |PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities
Daripada jumlah tersebut, lima orang daripada mereka berjaya merebut beberapa watak drama 50 episod, Kerana Cintamu yang bersiaran di Astro Prima sejak 22 Mei lalu.

Mereka terdiri daripada Hairi dan Hafiz, masing-masing dengan watak pengurus acara dan konco samseng. Tiga lagi watak ialah Ooi Nor Wen (pembantu peribadi), Nur Dayana Kamsun Baharin (jururawat) dan Afzan A. Rahman (mekanik).

ehsan UTUSAN MALAYSIA

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mohd. Hairi Safwan Aznan@Hairi juara Anak Wayang | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top