728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

19 August 2009

Chocolate by Yasmin Ahmad | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Yamin Ahmad @ zulkifli ahmad | Shot Movie Chocolate by Yasmin Ahmad | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of CelebritiesTANGGAL 25 Julai lalu, negara kehilangan pengarah filem dan iklan terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad. Namun, siapa sangka hingga ke akhir hayatnya sutradara kreatif itu tetap 'tegar' berkarya. Ia nyata terbukti menerusi projek 15Malaysia yang disertainya.



Setia bekerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu yang mengilhamkan projek itu, Pete Teo, sentuhan filem pendek Yasmin, Chocolate meninggalkan kenangan yang begitu mendalam. Tentunya, di kalangan peminat dan kenalan rapat yang mengenali Yasmin.

Menerusi Chocolate yang menggunakan dua bahasa, Melayu dan Mandarin, Yasmin juga setia mempertaruhkan bakat bintang ciptaannya, Sharifah Amani di samping Tan Mei Ling dan Howard Hon Kahoe. Chocolate ditayangkan mulai hari ini di www.15malaysia.com.

Pete Teo berkata, walaupun Yasmin sudah tiada di dunia ini, karyanya tetap diminati. Justeru, saksikan garapan terakhirnya, Chocolate menerusi projek 15Malaysia dijayakan. Ia pasti akan mengingatkan kita semua pada memori yang ditinggalkannya.


The Making of Chocolate by Yasmin Ahmad

"Apa yang pasti, Yasmin memiliki inspirasi yang besar dan semua orang tahu mengenainya. Tetapi, dia sekarang sudah tiada lagi serta inilah karya yang ditinggalkan. Saya harap sesiapa yang menonton Chocolate akan terhibur dengan mesej yang dibawa.

"Bagaimanapun, saya yakin Yasmin tentu bangga dengan projek ini. Maklum saja, sebagai pembikin filem bebas bukan mudah untuk dapatkan bantuan kewangan. Justeru, terima kasih kepada syarikat perkhidmatan Internet tempatan, Packet One Networks (P1) kerana menjadi penaja," katanya.

-berita harian-

iklan@rahsiaperkahwinan.com


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Chocolate by Yasmin Ahmad | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top