728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

20 August 2009

Amalan isteri untuk ke syurga | Question and ask all about marriage, life, money


SOALAN

WAKTU Allah SWT menurunkan surah pertama pada Rasulullah SAW, adakah selepas itu baginda menjadi seorang yang pandai membaca dan menulis.

Saya keliru kerana setahu saya baginda tidak boleh membaca dan menulis kerana dikhuatiri baginda yang mengarang segala yang diturunkan Allah kepada baginda. Sehingga bilakah baginda tidak mampu membaca dan menulis?

‘Syurga di bawah tapak kaki ibu’ adalah hadis nabi yang mengangkat darjat wanita sebegitu mulia dalam agama Allah ini. Saya memahaminya kerana pengorbanan seorang ibu yang menanggung segala keperitan membesarkan anak dengan pengorbanan diri dan harta benda.

Saya ingin tahu pula status suami yang menganggap syurga isteri di bawah tapak kakinya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Saya memahami tanggungjawab seorang suami kepada keluarga, seperti menanggung segala perbelanjaan rumah tangga serta bertanggungjawab terhadap semua aspek diri dan keluarga.

Malah baginda rasul juga mengatakan jika seseorang boleh sujud kepada orang lain, nescaya baginda menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

Dalam zaman sekarang, kebanyakan isteri bertungkus-lumus dalam urusan rumah tangga dan juga bekerja membantu suami mencari rezeki.

Tatkala bila seorang isteri berkorban sedemikian rupa, si suami pula banyak permintaannya sehingga membebankan pula isteri.

Apabila isteri bersuara tidak bersetuju dengan tindakan suami, suami mengharamkan syurga untuk isteri berkenan kerana menurut suami, syurga isteri itu di bawah tapak kakinya.

Apa pandangan datuk? Bagaimana pula halnya jika si suami itu jenis yang tidak mengerjakan suruhan Tuhan dan kurang bertanggungjawab? Adakah isteri masih perlu mentaatinya?
AIN MUSLIMAH Ipoh

iklan@rahsiaperkahwinan.com
JAWAPAN

Baginda Rasulullah SAW adalah seorang yang ummi yakni tidak boleh menulis dan membaca. Ini hikmah dan rahmat supaya tiada tohmahan mengatakan al-Quran itu karangan baginda.

Selepas diturunkan ayat al-Quran baginda menghafalnya dan mengarahkan sahabat juga menghafalnya dan menulis bagi mereka yang pandai menulis tapi bukan baginda sendiri yang menulis.

Setiap tahun selepas itu Malaikat Jibrail akan datang untuk memastikan bacaan dan susunan itu benar seperti wahyu Allah Taala.

Memang ada hadis mengatakan ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’ bagaimanapun taraf hadis ini dikatakan lemah hinggakan sebahagian ulama mengatakan ia hanya ungkapan.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

Apapun maksud ungkapan ini ialah supaya kita menghargai jasa ibu, menghormatinya kerana mencari reda Allah jalannya melalui reda ibu bapa.

Ini jelas dalam hadis bahawa Allah akan meredai bila seseorang itu diredai ibu bapa. Apapun maksudnya sebenar ialah bukan senang hendak mendapat syurga Allah. Tidak ada hadis mengenai syurga di bawah telapak suami. Kebanyakan hadis menekankan tanggungjawab isteri pada suami.

Hadis yang jelas menyebut ‘bila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa Ramadan, taat pada suami dan menjaga maruahnya maka dia boleh memilih mana-mana pintu syurga”.

Pada masa yang sama hadis mengatakan bahawa soalan pertama yang harus suami jawab di akhirat ialah mengenai nafkah dan tanggungjawabnya terhadap isteri.

Ertinya kedua-dua suami dan isteri ada tanggungjawab dan bukan semudah itu mendapat syurga Allah kerana harga dan nilainya sangat mahal yang memerlukan pengorbanan yang tinggi.

ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri
-harian metro-

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Amalan isteri untuk ke syurga | Question and ask all about marriage, life, money Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top