Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 06 August 2009

2 jam tapi seks tak memuncak | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
SAYA keguguran pada April lalu. Selepas sebulan mengalami keguguran, saya dan suami tidak mengadakan hubungan seks sehingga sebulan kemudiannya.

Sejak itu, saya mengalami perubahan yang ketara pada diri saya apabila mengalami kesukaran untuk mencapai klimaks ketika mengadakan hubungan seks dengan suami sehinggakan kami mengambil masa sehingga sejam atau lebih. Pernah juga ia berlangsung hampir dua jam.

Bagi suami saya, dia tiada masalah apabila hubungan seks kami berlangsung sehingga dua jam kerana dia amat menikmatinya, tetapi hubungan seks kami sering berakhir tanpa saya mencapai klimaks.

Saya pula sering membohongi suami dengan mengatakan saya sudah mencapai klimaks kerana malu untuk mengakuinya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

Adakah saya dikategorikan sebagai tidak normal atau bermasalah kerana tidak mencapai klimaks setiap kali mengadakan hubungan seks?

Bagaimana cara untuk saya mengatasi masalah ini supaya kembali normal? Adakah saya tidak berpeluang untuk hamil kerana saya tidak mencapai klimaks atau dengan erti kata lain, adakah telur tidak dapat disenyawakan?

ZILA,

Kuala Lumpur

iklan@rahsiaperkahwinan.com

ANDA mempunyai dua masalah yang tidak berkaitan, tetapi penting.

Untuk membuahkan kehamilan, ia tidak memerlukan seseorang wanita untuk mencapai klimaks.

Asalkan anda mengalami ovulasi telur yang kemudian dibawa masuk ke dalam tiub falopio yang berfungsi elok, telur ini dapat disenyawakan oleh sperma suami anda jika komposisi air maninya normal.

Setelah persenyawaan ini berlaku, embrio yang terbentuk kemudian akan sampai ke dalam ruang rahim untuk mengalami implantasi, ini dinamakan kehamilan.

Klimaks lelaki perlu untuk pancutan air mani yang mengandungi berjuta-juta sperma ke dalam faraj. Klimaks wanita pula tidak mengawal ovulasi. Itulah sebabnya wanita berisiko hamil jika dirogol pada sekitar waktu suburnya.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

Anda mungkin masih belum pulih sepenuhnya daripada keguguran lalu. Bukan mudah untuk mengatasi trauma selepas keguguran.

Memandangkan anda pernah mengalami klimaks dahulunya (tidak seperti segolongan wanita lain yang tidak pernah mengalami klimaks), sepatutnya anda juga tidak mempunyai masalah untuk klimaks seperti dahulu.

Mungkin ada masalah yang masih menghantui fikiran anda. Tidak perlu anda berbohong dengan suami, ia hanya akan menambah tekanan perasaan anda saja.

Suami juga mungkin akan berkecil hati kelak, bukankah masalah ini sepatutnya dikongsi bersama?

Bayangkan jika suami pula yang berbohong. Jika perlu, berjumpalah pakar sakit puan atau pakar psikiatri untuk nasihat profesional.

PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat
-harian metro -

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !