728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

06 August 2009

15 tanda ANDA dilamun cinta | LOVE , poems, horoscope, hearts, sayang, CINTA

15 tanda ANDA dilamun cinta | The Love Calculator | Lovingyou.com | Arthur Lee Love | LOVETHECLUB.COM | The LOVE Magazine | love making | love letters | love pictures | love quotes | love songs | LOVE , poems, horoscope, hearts, sayang, CINTA
CINTA tidak mengenal usia dan latar belakang. Ia boleh datang bila-bila masa saja. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta?

Cuba semak 15 tanda jatuh cinta yang disenaraikan supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya.

1. Sukar melelapkan mata

Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.


2. Sentiasa berdebar

Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia.

3. Suka ambil tahu

Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

sales@rahsiaperkahwinan.com

4. Resah gelisah

Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.


5. Dihinggapi cemburu

Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda.

6. Hobi baru...termenung

Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

7. Dating

Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.


8. Rindu

Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia.


9. Bergayut di telefon

Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.


10. Berubah cita rasa

Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.


11. Memberi hadiah

Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.

iklan@rahsiaperkahwinan.com

12. Awal ke tempat kerja

Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.


13. Lebih rajin

Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.


14. Menjaga penampilan

Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak
mempesonakan.


15. Defensif

Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.

-harian metro-

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 15 tanda ANDA dilamun cinta | LOVE , poems, horoscope, hearts, sayang, CINTA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top