Breaking News

Ujian tahap kesuburan | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA

martubasi | onani | Ujian tahap kesuburan | Sex, information, stories, videos, games, free sex MALAYSIA
SEJAK kecil saya tidak pernah melakukan onani. Masalahnya sekarang, saya mahu melakukan ujian kesuburan sebab saya belum mendapat anak walaupun sudah tiga tahun berkahwin.

Saya tidak dapat mengeluarkan air mani secara onani dan menyebabkan saya sukar melakukan ujian kesuburan. Saya pernah cuba guna gel yang doktor berikan untuk memudahkan onani, tapi masih tidak berjaya.

Saya juga melakukan onani dengan bantuan tangan isteri, namun tidak berjaya. Bagaimanakah cara atau adakah langkah lain untuk membuat ujian berkenaan?

DIN
Changkat Jering, Perak

sales@rahsiaperkahwinan.com

Tindakan anda dan pasangan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian kesuburan memang tepat malah Perbadanan Kesihatan Sedunia menggalakkan pasangan berjumpa doktor jika mereka sudah cuba sekurang-kurangnya setahun untuk mendapat anak.

Pemeriksaan awal membabitkan ujian air mani untuk suami dan kepastian ovulasi atau kemampuan menghasilkan telur untuk wanita.

Jadi ujian air mani itu mustahak untuk lelaki. Sampel air mani dikeluarkan melalui ‘masturbation’ atau merangsang zakar dengan tangan.

Jika anda tidak dapat mengeluarkan sampel air mani anda untuk dibuat ujian kerana tidak biasa menggunakan tangan untuk mengeluarkannya, itu tidak mengapa kerana anda boleh menggunakan kondom plastik atau kondom silikon untuk mengumpul air mani melalui persetubuhan dengan pasangan.

Kondom biasa mengandungi bahan yang membunuh sperma, jadi ia tidak sesuai digunakan.

Anda boleh juga memberi sampel air mani dengan cukup melalui kaedah al-Azal iaitu bersetubuh dengan pasangan dan ketika air mani hampir terkeluar, zakar dicabut keluar dan ejakulasi dilakukan di luar tubuh isteri dan seboleh-bolehnya dipancut ke dalam bekas yang disediakan.

Bersama Dr.Ismail Thamby
DOKTOR SAKIT TUAN

HARIAN METRO

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





No comments