728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 June 2009

Suria FM tawar RM18,000 | Sales, Aktiviti, Setempat, Komuniti, Event ,Malaysia Happening

Radio Suria FM | Suria.FM | Suria.FM » Muzik Terbaik Tanpa Henti!PENDENGAR stesen radio Suria FM kini berpeluang untuk meraih hadiah RM18,000 dengan menyertai kempen Suria FM Senyum & Menang RM18,000. Program itu dikendalikan oleh deejay Tuah dan Zizi bermula 1 Jun hingga 3 Julai depan.

Kempen dianjurkan sebagai terima kasih kepada pendengar yang memilih stesen tersebut hingga mencatatkan peningkatan jumlah pendengar hampir 200,000 orang seperti laporan AC Nielsen baru-baru ini.

Hadiah lumayan itu hanya memerlukan kreativiti pendengar untuk merakamkan gambar secara kreatif dengan krew Breakfast@Suria iaitu Tuah dan Zizi menerusi siri jelajah ke seluruh negara iaitu di Melaka, Kuantan, Perak dan sekitar Lembah Kelang.

Sekiranya terlepas peluang untuk bergambar secara langsung dengan dua deejay berkenaan, peserta boleh merakamkan gambar mereka menerusi replika khas krew Breakast@suria yang diletakkan di cawangan pasar raya Mydin terpilih seperti di Taiping Sentral, Plaza Angsana Johor Bharu dan Plaza Alam Sentral Shah Alam serta memuat turun gambar di laman web stesen itu.



Bermula 1 Jun ini, satu gambar kreatif terpilih dan soalan akan diajukan oleh Tuah dan Zizi menerusi segmen Breakfast@suria yang turut dipaparkan di www.suriafm.com.my setiap hari.

Pada minggu terakhir iaitu bermula 29 Jun hingga 3 Julai, lima gambar kreatif terpilih akan dipaparkan serentak dan undian dibuat secara online dibuka kepada pendengar Suria FM. Setiap hari, satu gambar yang mendapat undian terendah akan terkeluar.

Pemenang utama kategori gambar paling kreatif akan memenangi wang tunai RM10,000, kedua (RM5,000) manakala hadiah harian berjumlah RM3,000 iaitu RM100 diperuntukkan setiap hari untuk dimenangi.



Bagi membolehkan pendengar memenangi RM100, mereka perlu jadi pengundi bertuah dengan slogan terbaik iaitu saya mendengar Breakfast@suria kerana....... tidak melebihi 10 perkataan.

Kemuncak kempen ini pada 3 Julai apabila dua pemilik gambar kreatif yang mendapat undian tertinggi di bawa ke studio Suria FM untuk mengutip undian pendengar bagi menentukan pemenang hadiah utama dan kedua.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kempen itu, boleh layari www.suriafm.com.my atau mendapatkan maklumat di siaran Suria FM.

Sementara itu, pada hari ini, pendengar setia Suria FM juga diajak untuk menyertai majlis lelongan barangan peribadi artis di Dataran Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan bermula pukul 3 petang.

Antara artis yang menjayakan majlis itu adalah Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin, Nubhan, Kumpulan Divine Master bersama barisan penyampai Suria FM yang terdiri daripada Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Naim dan Lin.

Hasil lelongan akan di serahkan kepada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit Aids/HIV Nurul Iman Malaysia (Pernim) untuk untuk anak-anak terbiar HIV positif.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Suria FM tawar RM18,000 | Sales, Aktiviti, Setempat, Komuniti, Event ,Malaysia Happening Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top