Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 12 June 2009

Sentuh kemaluan percubaan zina |  Soal Jawab Kemusykilan Agama | Jawab (1995) | Gawab.com | Soual Jawab | Jawab - Agra | Samuel Soal| SoaL | Spike.com | Surau Al-Hakim | Question and ask all about marriage, life, money
SOALAN

DAHULU saya seorang yang bergaul bebas dengan perempuan. Kemudian masuk universiti dan sampai sekarang saya berubah dari segi pergaulan dan pakaian.

Ketika itu, saya pernah tidur dengan seorang perempuan iaitu bekas kekasih saya. Saya ada menyentuh kemaluannya menggunakan jari. Adakah ini dikira berzina?

Saya runsing apabila memikirkan masa silam saya. Kadang kala saya takut dengan azab yang bakal saya terima daripada Allah.

IZAM,
Selangor.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com

JAWAPAN

SECARA umum zina ialah persetubuhan haram. Hukuman had (jamak, hudud) dikenakan bagi persetubuhan haram yang secara fizikalnya membabitkan "perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan."

Menurut as-Shirazi, zina ialah "persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki Islam yang hidup di dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhi tanpa akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya sedang dia seorang yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu perbuatannya itu adalah haram.

Ibn Qudama menyatakan, zina ialah "menyetubuhi pada kemaluan secara haram tanpa syubhah" (Paizah Haji Ismail, 1996: 174).

Perbuatan lain tidak termasuk dalam zina yang dikenakan hukum had termasuklah menyentuh kemaluan kekasih menggunakan jari, bercium, berpeluk, berkhalwat atau tidur bersama atas katil.

Perbuatan itu dikira perbuatan maksiat dan dikira percubaan melakukan zina atau mukaddimah zina.

Walaupun tidak dikenakan had, mereka boleh dikenakan hukum takzir (menurut bahasa, pencegahan).

Memandangkan anda sudah terlanjur berbuat demikian, anda hendaklah bertaubat kepada Allah dengan disematkan azam tidak mengulangi perbuatan keji itu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh membawa kepada jenayah zina.

[sumber]

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !