Subscribe to web2feel.com
Subscribe to web2feel.com
direncana oleh rahsia perkahwinan 23 June 2009

Prosedur kahwin warga asing | Lubuk Petua Warisan | Petua.org | Persediaan perkahwinan | Persediaan Kahwin | Persediaan Pengantin | www.syokkahwin.com/persediaankahwin | Merisik  | Meminang |  Berinai | Rancang perkahwinan  | Akad nikah | Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin
Soalan
Sayamerancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pasangan saya adalah warga Pakistan yang telah tiga tahun menetap di Malaysia. Apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk melangsungkan perkahwinan. Adakah pasangan saya perlu mengikuti kursus praperkahwinan?

Irma, Ampang

Jawapan

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

l Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan

perempuan);

l Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon (bagi kes

saudari, Kedutaan Pakistan);

l Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia;

l Surat Akuan Cerai atau Surat Akuan Kematian (jika pernah

berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);

l Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di

Malaysia (jika berpoligami);

l Surat wakalah wali (bagi wanita); dan

l Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana saudari bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang. Adalah dinasihatkan untuk melakukan persediaan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com

Sekiranya bakal suami saudari adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan iaitu:

l Salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk; dan

l Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.

Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan. Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa warga asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang, maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Ini adalah berdasarkan kepada kontrak yang telah dipersetujui dan ditandatangani. Sekiranya warga asing tersebut mahu berkahwin dengan wanita tempatan, kontrak atau permit kerja pekerja asing tersebut di Malaysia adalah terbatal.

Kemudian warga asing tersebut perlu pulang ke negara asal untuk tempoh enam bulan (cooling period) dan sepanjang tempoh tersebut warga asing tersebut hanya diberikan pas sementara (pas lawatan) yang tidak akan dilanjutkan.

Selepas tempoh enam bulan tersebut barulah warga asing tersebut boleh mendaftar di imigresen untuk mendaftar sebagai suami kepada warganegara.

Untuk pengetahuan saudari, satu pekeliling telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di mana suami/isteri kepada warganegara Malaysia yang telah diberikan/layak diberikan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang berdasarkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa adalah dibenarkan untuk bekerja (melakukan pekerjaan berbayar), berniaga dan pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan Sosial mereka kepada pas kerja yang berkaitan (Pas Penggajian / Pas Lawatan Kerja Sementara).

Berkenaan dengan kursus pra perkahwinan, warga asing tidak diwajibkan mengikutinya. Walau bagaimanapun jika kursus pra perkahwinan diadakan dalam bahasa yang boleh difahami oleh bakal suami saudari, digalakkan untuk menyertainya.

Diharap penjelasan ini dapat membantu saudari, jika terdapat sebarang kemusykilan boleh menghubungi pihak kami atau layari laman web Sisters di www.sistersinislam.org.my

UTUSAN MALAYSIA

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





Related Posts by Categories



8 comments

  1. siti Says:
  2. Saya merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Pasangan saya adalah warga Thailand yang telah tiga tahun menetap/bekerja di Malaysia. Apakah prosedur yang perlu dilakukan untuk melangsungkan perkahwinan. Adakah pasangan saya perlu mengikuti kursus praperkahwinan?

     
  3. Anonymous Says:
  4. Bagaimana pula sekiranya seorang warganegara asing yang telah berkahwin dengan wanita tempatan yang memiliki pasport/visa yang menumpang nama isteri pertamanya, dan beliau ingin berkahwin kali kedua dengan wanita tempatan juga, adakah dibenarkan dan apakah prosedur dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh warganegara asing ini dan pasangan barunya?

     
  5. Anonymous Says:
  6. assalamualaikum...saya ingin bernikah dengan seseorang yang berasal daripada negara Tunisia.malangnya tidak terdapat kedutaan Tunisia di Malaysia.jadi apakah perkara yang perlu saya lakukan untuk membolehkan saya mengahwininya mengikut undang2 Malaysia secara sah

     
  7. Anonymous Says:
  8. Saya ingin bernikah (poligami) dengan wanita indonesia di jakarta. Apakah syarat dan garis panduan yg boleh diikuti?

     
  9. Anonymous Says:
  10. saya mahu bernikah dengan kekasih saya
    masalah nya ialah dia orang pakistan dan saya orang malaysia.
    apakah syarat dan panduan sekiranya kami mahu bernikah dalam masa terdekat ini?

     
  11. Anonymous Says:
  12. bolehkah pegawai kerajaan malaysia ( perempuan) berkhawin dengan laki - laki warga negara asing

     
  13. Anonymous Says:
  14. bolehkah seorang pendaftar pati berkahwin dengan seorang warga/lalaki tempatan? dan andaikata di izinkan apakah syarat2nya?

     
  15. Anonymous Says:
  16. salam..saya ingin bertanya..saya ingin tahu jika kawan saya yang telh menikah di jakarta pada bulan lepas sah ataau tidak..kerana mereka berkahwin tanpa menpengetahuan ibu bapa masing2..boleh dikatakan nikah lari la..jadi sah ke?

     

Post a Comment

Mutira Kata Minggu Ini

Bermula pada hari ini, jadikan DIRIMU bagai pohon yang rendang di mana setiap insan dapat berteduh. JANGANLAH jadi seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

video minggu ini

Jadilah Yang PERTAMA membaca!

Langgani Pelbagai Artikel Rahsia Perkahwinan Terus Ke Email Anda!! !:

By FeedBurner

Twitt RP !

RP's Fan Box

Rahsia TERBARU !