728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

22 June 2009

Pengantin terapung dalam pesawat | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA

Pengantin terapung dalam pesawat  | Pelik Misteri | PELIK DAN AJAIB | Gambar Lawak, Pelik Dan Panas | Pelik Videos | bayi pelik | Masyarakat Pelik | Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Gambar Pelik Masa Kini | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIAFINNEGAN dan Fulmor meraikan majlis perkahwinan
mereka dalam keadaan terapung.


NEW YORK - Sepasang pengantin iaitu Noah Fulmor dan Erin Finnegan mencipta sejarah apabila mereka berkahwin dalam pesawat Boeing yang memiliki kabin graviti sifar menyebabkan kedua-duanya terapung-apung, lapor sebuah akhbar semalam.

Perkahwinan itu berlangsung beberapa ribu meter dari ruang udara Teluk Mexico dengan pihak penganjur menyifatkannya sebagai majlis perkahwinan graviti sifar pertama di dunia.

Pasangan tersebut dan tetamu berada di dalam sebuah pesawat Boeing 727-200 milik syarikat ZERO-G yang direka khas untuk menghasilkan suasana graviti sifar seperti di angkasa lepas pada Sabtu lepas.

Pengantin terapung dalam pesawat  | Pelik Misteri | PELIK DAN AJAIB | Gambar Lawak, Pelik Dan Panas | Pelik Videos | bayi pelik | Masyarakat Pelik | Cerita Pelik, Hantu & Misteri | Gambar Pelik Masa Kini | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIADUA kakitangan syarikat ZERO-G membantu Finnegan (dua dari kanan) dan Fulmor bercium di kabin graviti sifar.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com

Bagaimanapun, Fulmor mengaku dia mengalami masalah untuk mencium isterinya kerana tubuh mereka berada dalam keadaan terapung.

"Majlis perkahwinan ini lebih pelik daripada jangkaan asal," kata Finnegan.

Bagi menghasilkan pengalaman graviti sifar tanpa perlu ke angkasa lepas, pesawat berkenaan melakukan gerakan parabola dengan mendaki tinggi di angkasa sebelum menjunam beberapa kali. - Agensi

KOSMO

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pengantin terapung dalam pesawat | peristiwa pelik, ganjil, weird, mysterious MALAYSIA Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top