728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

05 June 2009

NANA AF1 KAHWIN | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities


Kata Nana sewaktu dihubungi, Seminggu sebelum majlis diadakan, dia mula berasakan debaran untuk bergelar raja sehari.

"Sebaik pulang ke kampung di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman saya lihat khemah sudah didirikan. Rumah pula sudah siap dikosongkan bagi membolehkan pelamin dipasang.

"Hati saya terdetik seperti tidak percaya yang saya akhirnya akan mengahwini lelaki yang saya cintai.

"Syukur segala perancangan berjalan lancar. Terima kasih kepada ibu Rosnah Harun yang banyak membantu dengan membuat segala persiapan diperlukan. Maklumlah saya anak perempuan tunggal dari empat beradik dan pastinya kedua ibu bapa saya mahu majlis diadakan ini dilaksanakan sempurna mungkin ," katanya.



Dalam kegirangan kerana bakal dinikahkan dengan Brian esok jam 11 pagi, hatinya sedikit terguris apabila isu keluarganya tidak mahu menjemput media masih diperbesar-besarkan.

"Saya tidak faham daripada mana mereka mendapat maklumat seperti itu. Lagipun sebelum ini apabila ada yang memperkatakan mengenainya saya sudah memberikan penjelasan bagi menerangkan kedudukan sebenar.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan berbayar

"Minggu lalu apabila ada akhbar melaporkannya lagi, bapa menghubungi saya dan meluahkan rasa sedih. Apatah lagi ini membabitkan maruahnya sebagai Pegawai Kanan Polis.

"Kata bapa, sebelum ini pelbagai cerita buruk mengenai saya disiarkan dia masih boleh bersabar kerana ia tidak membabitkan keluarga.




"Apatah lagi perkahwinan dianggap perkara suci, jadi mengapa perkara baik yang kami lakukan ini harus dicemarkan dengan berita mengatakan kami sekeluarga tidak menjemput wartawan.

"Dalam kesibukan membuat persiapan bapa siap menyebut sama ada saya mahu membina khemah khas untuk rakan wartawan yang mahu hadir meraikan atau membuat liputan. Dia bimbang sekiranya nanti mereka tidak berasa selesa sepanjang majlis berlangsung," katanya

Beralih kepada perancangan majlis dirancang kata Nana, segalanya sudah diatur sebaik mungkin. Ia akan dimulakan dengan majlis pertunangan pada jam 9.30 pagi dan diikuti pernikahan.




Pada tengah hari majlis bersanding bermula. Sebelah malam satu majlis tradisi popular masyarakat Johor iaitu joget lambak turut diadakan.

Menjelaskan mengenai semua majlis diadakan serentak dalam masa sehari, kata Nana kerana keluarga Brian tidak mempunyai cuti panjang.

"Kebanyakan keluarga Brian tinggal jauh iaitu di Sarawak dan ada yang datang dari Australia dan Taiwan. Bagi memudahkan semua orang jadi keluarga saya mengambil keputusan untuk melaksanakannya dalam masa sehari," katanya.




[sumber]

Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]









  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: NANA AF1 KAHWIN | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top