728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

01 June 2009

Nana AF kawin | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

gambar hantaran perkahwinan nana
WAJAH penyampai radio Era, Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan,26, semakin berseri-seri bak cahaya bulan. Semua ini kerana dia sedang membilang hari untuk menuju gerbang perkahwinan.

Nana dan pengurus saluran Hitz FM, Mohamed Raqeem Brian, 34, akan bernikah pada 6 Jun ini di rumah keluarga Nana di Muar, Johor.

Semasa berborak dengan Nana, katanya, dia memang tak sabar nak naik pelamin kerana segala perancangan mengenai perkahwinan mereka sudah selesai diatur.

Malah bapa Nana iaitu Deputi Supritendan Che Mahazan Che Aik pun macam tak sabar-sabar juga nak timang menantu. Maklumlah anak pertama yang akan naik pelamin. Kata Nana, perkahwinan dia dengan Brian ni agak istimewa kerana barang hantaran yang akan diberi agak pelik sikit.


Pihak lelaki akan memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Salah satu barang daripada pihak perempuan itu ialah set gitar berserta gajetnya.

Pemberian gitar itu sebagai tanda sayang Nana kepada Brian kerana bakal suami Nana yang hidung mancung tu boleh main gitar dengan baik. Nana pun sebenarnya suka dengar muzik.

Hantaran kahwin pula menurut Nana sebanyak RM21,000. Angka 21 merupakan simbol cinta mereka. Kalau orang Cina kata ada ong punya.

Yalah, secara kebetulan kereta Nana dan Brian sama nombornya iaitu 21. Dahlah tu, rumah baru Brian dan ibunya juga nombor yang sama.


Pada majlis nikah nanti, selain ada joget lambak, Nana akan tabur duit syiling untuk budak-budak selepas bersanding.

Menurut Brian, keluarganya tidak halang dia kahwin dengan Nana. Sejak umur 26 tahun lagi dia dah beritahu ibunya hendak memeluk Islam. Cuma awal tahun ni baru dia dapat hidayah sepenuhnya. Kepada Nana dan Brian, selamat menempuh gerbang perkahwinan ya.

[sumber]

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Nana AF kawin | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top