728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

13 June 2009

Maya (Matahari) kawin 26 Jun | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

Gambar Maya (Matahari) KAHWIN dengan anak saudara Sultan Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 | Gambar Maya dan Shahreza kahwin | Majlis PerKAHWINan Maya dan Shahreza | Gambar perKAHWINan Maya dan Shahreza | Gambar Maya (Matahari) bertunang
HAMPIR empat tahun berkenalan akhirnya penyanyi dan pelakon Meyanaliza Ruslee, 33, atau Maya dan kekasih hatinya, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz, 38, atau Reza mengambil keputusan bernikah pada 26 Jun ini di Masjid Darul Ehsan, Taman Tengku Abdul Rahman (TAR), Ampang, Selangor.

Sebaik berita mengenai perancangan mereka mahu mendirikan rumah tangga disiarkan Harian Metro pada 6 Jun lalu, ia mengejutkan ramai rakan mahupun peminat.

Maya atau nama penuhnya Meyanaliza Ruslee ditunangkan dengan Shahreza

Ketika hadir di Harian Metro untuk mengedarkan kad jemputan, Maya berkata ramai yang berkecil hati kerana dia merahsiakan perkara itu daripada mereka.

"Bukan saya dan Reza sengaja mahu menyorokkan perkara ini, sebaliknya bimbang jika dihebohkan orang akan mengecam dengan berkata saya sengaja mencari publisiti murah.

"Kejadian sama turut berlaku kepada artis lain. Sebelum ini apabila ada wakil media bertanyakan soal cinta, mereka bercerita dengan niat mahu berkongsi kegembiraan.

"Bagaimanapun ada pihak yang salah tafsir dengan menyangka artis terbabit sengaja menunjuk-nunjuk dan mencari publisiti murah kerana tiada perkara yang hendak diperkatakan membabitkan kerjaya seni.

"Keadaan juga menjadi buruk sekiranya hubungan cinta mereka itu terputus di tengah jalan," katanya.


zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN
iklan@rahsiaperkahwinan.com


Cerita Maya lagi, majlis pertunangan yang berlangsung 4 Jun lalu yang diadakan di rumahnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur juga diadakan secara mengejut.

"Peringkat awal saya diberitahu mengenai kehadiran rombongan pihak lelaki yang mahu merisik.

"Bagaimanapun, bakal bapa mentua, Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memberitahu sebaiknya majlis pertunangan dibuat terus.


Gambar Maya (Matahari) KAHWIN dengan anak saudara Sultan Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 | Gambar Maya dan Shahreza kahwin | Majlis PerKAHWINan Maya dan Shahreza | Gambar perKAHWINan Maya dan Shahreza | Gambar bertunang Maya (Matahari)
"Memang tidak banyak persediaan dibuat kerana keputusan diputuskan di saat akhir dan majlis hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Cuma ada beberapa rakan artis hadir untuk membantu saya," katanya.

Kata Maya, sebenarnya dia dan Reza merancang untuk bertunang pada Januari lalu, namun keadaan kesihatan arwah ibu tunangnya yang tidak mengizinkan ketika itu membuatkan ia terpaksa ditunda.

"Beberapa bulan selepas itu, arwah ibu Reza meninggal menyebabkan kami terpaksa menunda lagi majlis selama tiga bulan bagi menghormati akan keluarga bakal suami yang masih lagi bersedih.

"Apabila keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju dengan majlis dirancang, bapa Reza meminta supaya ia tidak perlu ditangguh lagi dan mahu kami terus bertunang dan memutuskan tarikh untuk majlis pernikahan.

Gambar Maya (Matahari) KAHWIN dengan anak saudara Sultan Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 | Gambar Maya dan Shahreza kahwin | Majlis PerKAHWINan Maya dan Shahreza | Gambar perKAHWINan Maya dan Shahreza | Gambar Maya (Matahari) bertunang
"Selepas berbincang kami memikirkan 26 Jun adalah tarikh terbaik," katanya.

Mengenai keputusan mendirikan rumah tangga agak lama diambil, jelas Maya, ia berlaku kerana masing-masing mengambil masa lama untuk mengenali antara satu sama lain.

"Sepanjang berkawan seperti biasa macam-macam perkara berlaku. Ada pahit dan manis. Tidak dinafikan kekecewaan lalu selepas lapan tahun menjalin hubungan membuatkan saya fobia.

"Susah juga saya hendak mengenali Reza sebenarnya kerana dia agak misteri. Bagaimanapun selepas mengenalinya saya berasakan dia adalah lelaki yang sesuai untuk saya. Reza tidaklah romantik sangat, tetapi sangat mengambil berat dan begitu prihatin.



"Selain itu sikapnya yang mudah menyesuaikan diri terutama dengan keluarga dan teman-teman membuatkan saya senang. Dia juga buat saya sering ketawa. Paling penting selepas sekian lama berkawan saya berasakan kami saling lengkap-melengkapi," katanya.

Menyentuh perancangan majlis pernikahan, kata Maya dia menggunakan khidmat jurusolek terkenal, Nurul Syukor sebagai perancang majlis termasuk menyediakan persalinan pada hari itu nanti.

"Sementara itu majlis persandingan kami rancang mahu mengadakannya pada bulan Oktober nanti. Sebelah saya akan diadakan di Batu Pahat, Johor dan pihak lelaki akan mengadakan majlis resepsi di Dewan Felda, Jalan Semarak di Kuala Lumpur," katanya.


Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com

Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Maya (Matahari) kawin 26 Jun | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top