728x90 AdSpace

ARTIKEL BARU

05 June 2009

Boleh mandi hadas guna air pemanas | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM

cara mandi hadas selepas hubungan sex
SAYA kurang tahu hal berkaitan agama. Bolehkah orang Islam mandi hadas menggunakan air daripada pemanas, baldi atau air pancut?

Mengenai ibadat puasa pula, pada Ramadan lalu saya pernah tinggal puasa tetapi tidak mengingati bilangan hari. Bolehkah saya membayar fidyah?

Berkaitan dengan kesalahan mengadakan hubungan kelamin dengan suami pada siang Ramadan, jika tidak mampu menggantikan puasa tiga bulan berturut-turut, bolehkah saya bersedekah pada kanak-kanak istimewa?

INGIN TAHU,
Bangi.

zaisuria.com |  pakej platinum | iklan berbayar di RAHSIA PERKAHWINAN

iklan berbayar


ADALAH menjadi kewajipan bagi setiap Muslim tahu mengenai agamanya. Secara umumnya, ilmu mengenai agama terbahagi dua iaitu ilmu fardu ain dan ilmu kifayah.

Secara umum ilmu fardu ain ialah ilmu yang wajib diketahui oleh setiap Muslim seperti bersuci, solat, puasa dan sebagainya. Seseorang mukallaf dikira berdosa apabila jahil mengenainya.

Fardu kifayah pula ialah ilmu yang wajib ada dalam masyarakat dan apabila diketahui atau dilakukan oleh sekelompok orang dalam masyarakat, semua anggota lain bebas daripada kewajipan terbabit.

Contohnya menjawab salam, solat jemaah dan sembahyangkan jenazah, apabila dilakukan menyebabkan anggota bebas daripada kewajipan itu.

Mengenai mandi hadas besar, anda boleh mandi, mengangkat atau menghilangkan hadas besar menggunakan air panas, baldi atau air pancut, asalkan air disampaikan seluruh anggota badan termasuk bulu dan celah lipatan badan.

Mandi hendaklah dimulakan dengan niat untuk mengangkat hadas besar dan dihilangkan segala najis di badan sekiranya ada.

Puasa yang ditinggalkan hendaklah diganti sebanyak hari yang ditinggalkan. Anda tidak boleh menggantikannya dengan membayar fidyah kecuali sekiranya sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, orang tua dan sebagainya.

Sekiranya tidak ingat jumlah hari hendaklah diganti sebanyak hari yang diingati. Seterusnya, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana mengambil ringan suruhan Allah itu. Allah itu Maha Pengampun kepada hamba-Nya.

Mengenai kesalahan seseorang melakukan persetubuhan pada siang Ramadan, seorang itu hendaklah menggantikan (qada) puasanya dan membayar kifarat.

Kifarat puasa terbahagi kepada tiga berdasarkan kemampuan, iaitu (1) memerdekakan hamba, (2) berpuasa dua bulan berturut-turut, dan (3) memberi 60 cupak makanan asasi (beras dan sebagainya) kepada 60 fakir atau miskin dengan kadar secukup seorang.

Anda boleh membayar kifarat melalui amil zakat sekiranya sukar mencari golongan fakir atau miskin. Membayar kepada kanak-kanak istimewa tidak menepati syarat bayar kifarat terbabit.

[sumber]

Ingin Letak Iklan ANDA di RAHSIA PERKAHWINAN ?
EMAIL KEPADA admin@rahsiaperkahwinan.com


Mahu dapatkan pelbagai maklumat tips,informasi terkini dari
Rahsia Perkahwinan SECARA PERCUMA setiap hari ?
Daftarkan email anda[ di sini ]









  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Boleh mandi hadas guna air pemanas | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM Description: Rating: 5 Reviewed By: rahsia perkahwinan
Scroll to Top